Petugas Media 25 negara sertai candat sotong




Festival mencandat sotong peringkat antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 di perairan Terengganu dijangka lebih meriah apabila 250 petugas media dari 25 buah negara bersetuju menjadi rakan penyiar dan liputan.

Program hanya melibatkan pengamal media itu dijangka berlangsung selama tujuh hari bermula 11 April ini di perairan Setiu dan Kuala Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata berikutan kehadiran rakan penyiar dari seluruh dunia itu, pihaknya akan mengadakan pertandingan rakaman visual dan fotografi terbaik.

 "Dalam pertandingan itu nanti, pemenang akan menerima hadiah berupa pakej melawat Terengganu yang ditaja kerajaan negeri seperti penginapan, tambang kapal terbang, makan minum, melawat ke tempat menarik seperti Tasik Kenyir, Air Terjun Cemerong dan sebagainya.

"Saya dimaklumkan sehingga kini sebanyak 250 petugas media bersedia untuk datang meriahkan festival itu" katanya.

 Dato’ Seri Haji Ahmad berkata kerajaan negeri berhasrat memperkenalkan program candat sotong menerusi tayangan slot stesen televisyen seluruh dunia itu bagi menarik penyertaan pelancong asing.

Katanya pada masa sama mahu mengeksplotasi sepenuhnya keunikan candat sotong supaya pelancong luar datang untuk merasai sendiri bagaimana keseronokan dan istimewanya aktiviti itu.

 “Rombongan media turut dibawa menerokai keindahan alam yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu termasuk pulau, tasik, pantai dan hutan yang masih terpelihara,” katanya..

@teganukita

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog