Buah Binjai.. mengecurkan air liur anda
Buah binjai yang kini musimnya sama dengan musim buah durian memang mengecurkan airliur anda, baunya sahaja sahaja sudah mampu melelhkan air liur anda. Itu belum lagi jika disediakan dengan taburan gula, belacan dan lada. Memang mengancam.
Binjai, nama saintifiknya ialah Mangifera caesia merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga, Anacardiaceae. Binjai tergolong dalam genus yang sama dengan mangga dan ditanam di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Papua New Guinea, Kerala dan Filipina. Pokok binjai dapat membesar sehingga 30 m (100 ft) tinggi. Bunganya berwarna ungu atau merah jambu, 0.7 cm panjang dengan lima sepal. Buahnya besar, boleh dimakan dan berbentuk elips (bulat bujur) 10-15 cm (4-6 in) panjang dan 6-8 cm (2-3 in) lebar. Kulit buahnya nipis dan berwarna perang dengan tompok gelap, dan isinya putih kekuningan, lembut, dan berbau kuat dengan rasa masam manis atau masam.
Ia banyak terdapat di serata negara terutama Terengganu dan Kelantan. Pokoknya yang tinggi dan memerlukan banyak tahun sebelum berbuah.
Harga sebiji di pasar minggu di Setiu, Terengganu mencecah RM3 sebiji. Apapun ia memang buah masam yang enak dan mengiurkan.
Selain daripada dimakan secara segar, ia juga boleh dijadikan jeruk mahupun tempoyak. Ia juga boleh jadikan sebagai perisa dalam masakan seperti masak asam, asam pedas dan macam-macam lagi bagi menambah keenakan masamnya.
Buah Binjai ini boleh dikategorikan sebagai buah nadir dimana ia semakin pupus dan tidak ditanam semula sebagai pokok warisan.
Comments