Buka Puasa di Prinzpark Kuala Terengganu, kadar istimewa RM40.00 seorang bagi warga emas


Berbuka puasa di Kuala Terengganu? Di antara destinasi yang dicadangkan adalah di Hotel Prinzpark, Kuala Ibai, Kuala Terengganu behampiran dengan Masjid Terapung Tengku Zaharah.

Harga pakej yang ditawarkan di sini adalah RM55.00 seorang bagi dewasa dan RM33.00 seorang bagi kanak-kanak. Apa yang menarik, harga istimewa untuk warga emas juga ditawarkan pada harga RM40.00 seorang.

Pihak hotel juga menawarkan setiap tempahan 10 orang akan diberi seorang percuma.



Menu yang ditawarkan adalah bercitarasa masakan kampung Terengganu dengan pelbagai pilihan menu seperti sup tulang, sup kambing, lauk pauk yang pelbagai serta pilihan kuih tradisional Terengganu yang menarik. Rambang mata dibuatnya.


Apa yang lebih menarik, setiaptetamu akan dihiburkan oleh  Naib JuaraKilauan Emas 2 iaitu Saudara Azri sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Bagi maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi talian 09-6178866.

Comments

Popular post this month

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

SUKAN: Pasukan Ahmad Sidi Juara Ping Pong Setiu

Sejarah Setiu: Kampung Payang kini jadi lautan.

Kenali Gunung Tebu...... menarik dan mistik

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Dagang Atas Tol Terengganu.. apa istimewanya?

Pengunjung blog