Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2015... hangat

blog terengganu blogsot.com

Pada bulan Jun 2015, Terengganu sekali agi digegarkan dengan kehadiran rombongan media antarabangsa yang melibatkan lebih 30 buah negara bagi merasai sendiri keunikan aktiviti mencandat di Negeri Terengganu.

Program promosi ini turut membawa peserta ke Taman Laut Pulau Redang dan bercandat di sekitar Pulau Redang.

Peserta juga akan dibawa ke Wetland Setiu di Kg Mangkukdan Kuala Baru bagi aktiviti mengutip kepah dan Pekan Budaya Daerah Setiu di Kg Rhu 10 bagi aktiviti dan permainan tradisional.

Rombongan juga akan turut dibawa Festival Kenyir 2015 dan turut berkunung ke Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) dan pada malamnya akan ke Kg Cina bagi melawat Festival Peranakan Terengganu 2015.

Image result for pesta candat sotong terengganu

Mereka juga turut dibawa menkmati keindahan Kuala Terengganu dengan melawat Pasar Payang, Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam dan akan diraikan oleh YAB Menteri Besar selepas aktiviti mencandat kali kedua.

Program diharap dapat membawa impak besar kepada promosi pelancongan negeri Terengganu yang sememangnya indah dan unik ke mata dunia.

Pelbagai acara sampingan semasa program diadakan seperti pertandingan harian Instagram, 'Retweet Terbanyak, artikel blog terbaik antarabangsa dan tempatan, klip Festival Candat Sotong terbaik antarabangsa dan tempatan serta fotografi terbaik kategori antarabangsa dan tempatan.

Aktiviti mencandat sotong kini sudah menjadi satu tarian dan 'trend' kepada pelancong dan juga rakyat Terengganu dan tempahan bot untuk aktiviti mencandat cukup laris dan mendapat sambutan yang amat baik terutama pada hujung mingu dan cuti sekolah.

alat mencandat- www.pancing.net

Semua pihak perlu bersedia untuk menerima 'tetamu' samada dalam negara mahupun antarabangsa dengan menjanjikan kemudahan yang terbaik, tandas yang bersih, kualiti makanan yang baik, senyuman termanis dan keramahan asli Terengganu bagi memikat dan menggamit pelancong untuk terus datang ke Terengganu.

Kita sebenarnya hebat dan unik dan potensi Terengganu dalam pelancongan dunia amat besar dan tinggi. Sama-sama kita martabatkan pelancongan Terengganu ke tahap yang lebih baik dengan gaya dan cara Terengganu.

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog