Hotel Primula Saji Hidangan Warisan Sempena Ramadan

1 (4)

Sempena ketibaan Ramadan esok, Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, menawarkan pelbagai menu istimewa termasuk makanan tradisi yang hampir dilupakan golongan muda sebagai hidangan pilihan untuk berbuka puasa.
8Pengurus Makanan dan Minuman hotel, Hasmadi Nasiruddin Othman berkata, antara menu yang disediakan mereka termasuk variasi pencuci mulut seperti che abas demam, koleh lemak, bantal buruk, k’ang, apam dewa, pati toyo serta lauk-pauk seperti gulai itik telur masin, budu tumis serta kerabu laksa.
 “Kesemua makanan itu merupakan sebahagian daripada 125 jenis hidangan berkonsepkan warisan timur yang ditampilkan bagi mengembalikan nostalgia menu-menu lama disamping memberi peluang terutama kepada generasi muda untuk menikmatinya.
“Hotel kami sentiasa mengetengahkan makanan-makanan tradisi tempatan bagaimanapun pada Ramadan kali ini, pilihan menu warisan yang hampir pupus lebih banyak berbanding tahun sebelum ini,”katanya kepada pemberita semasa majlis pelancaran bufet Ramadan hotel berkenaan, baru-baru ini.
Menurutnya, bukan itu sahaja, tambah menarik apabila setiap menu tersebut disediakan sendiri oleh chef yang diketuai oleh Chef Eksekutif Saus, Mohd. Ariffin Minggu dengan menggunakan resipi asli orang-orang lama tetapi diolah mengikut cara baharu.,” katanya 
Tambahnya, sebagai kelainan, kesemua menu yang disajikan adalah berbeza dan ditukar pada setiap hari bagaimanapun hidangan tetap adalah bubur lambuk.
5Menurut Hasmadi Nasiruddin, pakej bufet Ramadan yang ditawarkan adalah sebanyak RM69.90 untuk dewasa dan kanak.
Beliau berkata, sambutan terhadap bufet berkenaan amat menggalakkan dan berjaya menarik perhatian ramai menerusi penjualan baucer pada harga istimewa yang dijalankan sejak dua bulan lalu.
Katanya, mereka yang ingin menikmati hidangan masakan itu boleh membuat tempahan awal dengan menghubungi talian 09-6222100 atau 09-6233722.
@teganukita- aida abd rahman
6 (1)
4 (3)

Comments

Popular post this month

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Air Mineral Recaz, keluaran terbaru Cas Ligas, Kumpulan PMINT...

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Majlis Tahnik atau belah mulut, di antara ibadat dan adat..

Warung Pak Nong Celup Tepung, antara destinasi makan terbaik di Terengganu.. puashati makan di sini

Pengunjung blog