iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Tuesday 13 July 2010

Kuala Terengganu Dulu- Dulu





Sedang jari -jemari bermain tetikus melihat koleksi gambar dalam komputer, terpandang satu fail yang mengandungi gambar-gambar lama di mana ia telah di ambil oleh teman baik Cik Adlan Grand Cont Kuala Terengganu.

Apabila di renung, didapati ianya penuh dengan nilai nostalgia, sejarah dan warisan. Beginilah rupanya Kuala Terengganu suatu waktu dahulu. Sebuah pelabuhan yang terkenal dan tercatat dalam sejarah Melayu lama dan sejarah China seperti catatan Tun Sri Lanang, Pelayar terkenal China Laksamana Cheng Ho, Pelayar I- Tsing dan lain-lain catatan.

Masakan tidak, tentunya keistimewaan buatan bot di Pulau Duyung tak akan tersebar ke pelusuk dunia. Ia juga mempunyai sejarah yang tersendiri dan panjang seperti jalinan perdagangan dengan Kerajaan di Songkhla @ Singgora.


Apabila terpandang jam besar bersebelahan Pasar Besar Kedai Payang, teringat masa kecil-kecil dulu semasa mengikut emak ke pasar untuk membeli barangan dan keperluan untuk di jadikan jualan di Felda Chalok @ Kg Rahmat Setiu. Pengangkutan popular di bandar pada masa itu adalah beca roda tiga @ teksi panggilan warga tempatan.

Emak selalu meninggalkan aku dengan seorang pakcik yang kudung kakinya sementara beliau membeli barang. Umur aku pada masa itu 5@ 6 tahun. Kalau ikut tahun antara 1979 hingga 1981. Jam besar menjadi mercu tanda utama bandar Kuala Terengganu. Setiap kali tengok cerita P Ramlee yang menunjukkan jam besar samada di Singapura atau Kuala Lumpur, tentunya memoriku akan kembali kepada jam besar di Pasar Payang Kuala Terengganu.

6 comments:

Anonymous said...

Ini blog yang best sekali.....!

fauzi said...

Saya asal Ladang Titian ..Masa kecik2 dulu besa gok gi Keda Payang naik teksi dgn arwah Tok(nenek)....Dang jugok tgk jam besor ni..

terengganulegend said...

memang betul en Fauzi.. terasa kehilangan warisan sejarah ini yang amat bernilai. walaupun dah dibuat ganti dekat Waterfront, tetapi ia tidak mampu menggantikan warisan nostalga lama.

Jadi sebelum apa-apa pemabangun baru yang menjejaskan nilai warisan, ia perlulah diperhalusi agar warisan sejarah kita terus terpelihara

Anonymous said...

sayu wase bile tengok gambo2 lama ni

Anonymous said...

memang betul, sayu rasenya. Ambe dang lagi zamang tu. Kalu gi pasor payang ngan mak, jam tu lah jadi tumpuan. Tapi masa tu dok reti nak nilai lagi. Harap kerajaan kita tengok2lah sikit warisan kita ni. Sesuai ngan tema Bandaraya Warisan

Anonymous said...

Dulu ada satu restoren cine tepi jam beso ada org melayu jual satay..perghhh sedap r satay die...x ingt doh nama pok cik tuh

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog