GPMS bantu promosi TMT 2013



Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri Terengganu akan mengadakan program berkonvoi empat hari menggunakan 10 buah kereta ke Singapura bermula pada 5 Disember ini bagi mempromosikan Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013).

 Pengerusi GPMS negeri Terengganu Ahmad Izani Abdul Ghani berkata program berkonvoi melibatkan 40 anggota dan anggota jawatankuasa GPMS itu adalah dalam usaha membantu kerajaan negeri menarik pelancong dari republik itu ke Terengganu.

 "Ini satu daripada usaha kita bagi bantu kerajaan memperkenalkan Terengganu sempena TMT 2013. Kita bukan hanya ke Singapura, tetapi turut berhenti di tempat tertentu di Johor dengan mengedar risalah mengenai TMT 2013.


"Sepanjang berada di republik itu, GMPS juga mengadakan dialog dan majlis penerangan mengenai keistimewaan negeri Terengganu, " katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

 Dalam perkembangan lain, Ahmad Izani berkata GMPS telah membantu 12 pelajar negeri itu mendapatkan Dana Ibonda Pendidikan sebanyak RM1,000 setiap pelajar.

 Katanya Dana Ibonda Pendidikan adalah di bawah Yayasan Pelajaran Mara yang diberi kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang miskin dan kurang berkemampuan



 



Blogger: Diharap pihak Persatuan Pelancongan Terengganu (PPNT) dan penganjur GPMS dapat bekerjasama supaya program promosi dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Risalah dan maklumat pelancongan ahli serta risalah daripada Tourism Malaysia Terengganu juga boleh dibawa bersama supaya ia dapat memberi manfaat kepada semua. Ia satu usaha yang baik dan patut diberi sokongan demi menjayakan Tahun Melawat Terengganu 2013.

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog