iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Tuesday 13 November 2012

Sayembara Menulis Puisi Sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 anjuran PELITA Terengganu, RM7,000 hadiah ditawarkan


Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) bersama Kerajaan Negeri Terengganu akan menganjurkan Sayembara Menulis Puisi Tahun Melawat Terengganu yang menawarkan hadiah keseluruhan RM7,000 terbuka kepada warganegara Malaysia .

Johan sayembara yang bertemakan Citra Terengganu akan mendapat hadiah wang tunai RM2,000, kedua RM1,500, ketiga RM1,000 manakala lima hadiah saguhati bernilai RM500.

Setiap peserta sayembara ini yang bersempena Tahun Melawat Terengganu 2013, dibenarkan menghantar satu puisi berbentuk bebas yang menjurus kepada usaha melahirkan inspirasi dan aspirasi Terengganu dalam puisi.

Setiap karya hendaklah dihantar ke Sayembara Menulis Puisi Tahun Melawat Terengganu 2013, Persatuan Sasterawan Terengganu, Peti Surat 77, 20700 Kuala Terengganu, Terengganu sebelum 15 Disember 2013.

Untuk maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan urusetia iaitu Encik Mubin Ismail di talian 0199532200 atau email : mubin2200@yahoo.com atau mubin2200@gmail.com atau Kamaruzaman Ismail di talian 0179660538 atau email: cikgukz@gmail.com.

sumber: Berita Harian

No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog