iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Sunday 11 November 2012

Program Pintar Quran Terengganu, pewaris generasi pintar dan berakhlak masa depan

Ribuan kanak-kanak Pra Sekolah telah berjaya khatam Al Quran
Program Pintar Quran yang mula dilancarkan pada 2007 kini telah mencecah 6 tahun dantahun 2012 lebih 9000 kanak-kanak pra sekolah berumur 5 dan 6 tahun telah khatam AL Quran dengan baik. Malah ada di antara anak-anak kecil ini mampu menghafaz Surah Yasin dengan maknanya dengan baik sekali. Ini bermakna anak-anak kita yang masih bersih hatinya boleh dileburkan dengan hafazan ayat AL Quran sejak kecil lagi bagi melahirkan insan yang hebat dalam semua bidang ilmu di masa depan.

Persembahan pentas kanak-kanak yang menghiburkan
Pada tahun 2012 ini lebih 9500 kanak-kanak pra sekolah samada Tadika yayasan Islam Terengganu, Tadika KEMAS, Tadika Perpaduan serta Pra Sekolah Jabatan Pelajaran telah berjaya khatam dengan jayanya. Dan ianya telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan AL Wathiqubillah di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu.

Hampir 2/3 stadium dipenuhi kanak-kanak yang telah khatam
Generasi sulung Program Pintar Quran yang bermula 2007 kini berusia 11 dan 12 tahun. Ia menjadi harapan kita semua agar generasi yang celik Al Quran mewarisi kehebatan keilmuan Islam dan juga mampu merubah senario keilmuan sekarang kepada yang lebih baik, lebih cemerlang dan lebih hebat.

Sejuk hati melihat anak-anak kecil berjaya membaca dengan baik AL Quran
Program sebegini sewajarnya menjadi asas dalam pembentukan awal sakhsiah kanak-kanak agar ia lebih mengenal dan menyerap roh AL Quran sejak pra sekolah sebelum menjejak kaki ke alam persekolahan rendah dan menengah yang lebih berfokuskan akademik dan padat dengan aktiviti ko kurikulum.

Sokongan ibu bapa amat penting dalam memastikan pembentukan karakter kanak-kanak semasa kecil
Kita juga berharap pada suatu hari ini diwujudkan program perintis hafiz al Quran dengan lebih awal lagi kepada kanak-kanak sebagaimana warisan keilmuan Islam ulama-ulama dan cerdik pandai Islam di era kegemilangan Islam dahulu.

No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog