Posts

Showing posts from 2021

Kenyir Monsoon Casting Tournament 2021 berlangsung dengan jayanya di Tasik Kenyir Terengganu

Image
  KMCT 2021 atau Kenyir Monsoon Casting 2021 telah berlangsung pada 17 hingga 20 Disember 2021 di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Acara kali ini disertai seramai 352 peserta daripada dalam dan luar negara termasuk Jepun dan Amerika Syarikat. Ia adalah acara tahunan anjuran Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama KETENGAH dan Tourism Malaysia. Acara ini diadakan dengan konsep 'Catch & Release' bagi memelihara ekosistem serta biodiversity Tasik Kenyir agar kekal dan terus terpelihara. Sebanyak lebih 24 houseboat terlibat dalam penganjuran kali ini walaupun dengan cabaran musim hujan lebat dan berangin. Acara ini telah dirasmikan oleh Pengurus Kanan Korporat KETENGAH iaitu Encik Mahdi Amin Bin Ahmad di Pengkalan Gawi dan turut dilepaskan bersama 5000 anak ikan sumbangan Jabatan Perikanan di Sungai Leban bagi kesinambungan kelestarian hidupan di Tasik Kenyir. Di Pengkalan Gawi juga turut di adakan jualan industri desa seperti ika...

Sudah tiba musimnya... Pulut santan Durian.. nikmatnya

Image
  Apabila tiba musim durian, pelbagai keinginan mula timbul terutama nak makan Durian bersama pulut dan santan. Nikmatnya Ya Allah... Nikmat dan rasanya lain macam. Adunan durian, pulut dan lemak santan bersama sedikit nissan atau gula memang menggamit rasa. Lebih enak dimakan dengan tangan. Nak mengharapkan beli durian dengan harga yang agak mahal, jadi kita tunggu masa luruh dari kebun nanti. Walaupun sekadar durian kampung tapi isinya dan rasanya menawan. Setiap musim ada saja pelanggan setia yang menunggu untuk membelinya. Jual jual murah murah agak puas hati makan. Kebun tidak lah luas sekadar 1 ekar setengah sahaja tapi alhamdulilah seronok berkebun apatah lagi dengan lokasinya ditepi sungai. Nanti ada sedikit bajet kita cantikkan kawasan tepi sungai supaya mudah nak turun mandi sungai dan juga akan dibuat sebuah pondok atau rumah kebun untuk berkelah dan piknik di kebun.

Permohonan pengeluaran I Citra KWSP dan ini linknya

Image
  Pengumuman bagi pengeluaran I Citra oleh KWSP telah dibuat dan permohonan mulai di buka bermula 12 Julai 2021. Pastikan no telefon anda adalah sama dengan rekod yang diberi kepada KWSP bagi pengesahan penerimaan kod OTP bagi mengesahkan permohonan. Laman bagi permohonan I Citra adalah  https://icitra.kwsp.gov.my/

Kisah nama terpanjang di Malaysia.

Image
  Ini pun satu lagi kegilaan pelik ibu bapa zaman mutakhir ini iaitu memberi nama anak sampai 4 hingga 5 rangkap macam nak buat pantun. Nama anak yang dikatakan terpanjang di Malaysia ini adalah Princess Aura Nurr Etmily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Suffian. Kalau perasan, apabila imam membaca talqin akan di sebut wahai Si Fulan Binti nama ibunya. Begitu juga apabila anak ini meninggal kelak ataupun semasa berlangsungnya majlis akad nikah, tentu kelam kabut dibuatnya. Akhirnya di panggil 'mek' je senang.... Mek weeeh. Ada satu lagi kisah aneh iaitu nama bandaraya terpanjang di dunia adalah nama penuh bandaraya Bangkok yang tercatat dalam buku Guiness Book Of Record.. nanti kita cari kisahnya. Buku Guiness ini adalah antara buku kegemaran admin sejak sekolah rendah lagi.

Lukisan GILA bernilai jutaan Dollar..

Image
  Apabila dah namanya Seni. Conteng conteng aje sudah jutaan ringgit nilainya. Inilah nilai lukisan hasil pelukis Sai Tuombli yang bernilai  Usd2 juta sehingga Usd75 juta. Siapa yang hebat boleh menafsirkan falsafah lukisan tersebut yang membawa kepada nilaian jutaan Dollar. Tentang ramai rakyat Malaysia yang berbakat dan kreatif yang boleh menghasilkan lukisan lebih gila dan aneh dari pelukis di atas. Jom serlahkan bakat anda mahupun anak anda. Daripada menconteng dinding rumah, baik sediakan kanvas, mana tahu ia memberi nilai pada hasil lukisan tersebut. Admin- tak faham falsafah lukisan.

Menikmati steamboat secara berjemaah di rumah, mudah dan simple.. sedap pulak tu

Image
  Teringin nak makan steamboat? Ialah kan musim PKP ni mana ada kedai buka nak makan macam ni.. lagi pun makan steamboat tak boleh nak tapau.. Jadi di sini Admin ingin kongsikan resepi mudah untuk anda nak makan steamboat berjemaah kat rumah. Resepi yang mudah dan simple dan boleh elak makan nasi pada waktu malam bagi yang ingin diet. Bahan bahan yang diperlukan adalah seperti berikut: - rempah asam pedas adabi 1 paket dan mee hun sup adabi 1 paket  - 2-3 ulas bawang putih di ketuk  - bahan untuk steamboat seperti meatball, sotongball, fishcake atau sebagainya yang anda suka  - mushroom shitake, noki serta tiram  - kobis panjang, carrot atau apa saja sayur yang anda suka  - udang atau sotong atau isi ikan  - ayam atau daging  - telur  - mee samada meenhoon, mee kuning atau kue tiaw atau mee maggie  Cara caranya adalah seperti berikut: - masukkan 2 atau 3 liter air ke dalam kuali atau periuk  - masukkan bawang putih dan pes adabi, bi...

Ayam Masak Lemak Daun Kaduk, resepi asli Terengganu

Image
  Resepi Masak Lemak Terengganu ini amat unik sekali. Dan memang sedap dan bahannya mudah dan simple je. Untuk Resepi Ayam Masak Lemak Daun Kaduk ini adalah; -1/2.ekor ayam  - santan kecil x 2 kotak -3 labu bawang besar # -4 ulas bawang putih #  - 1 inci halia # - 2 inci kunyit hidup # - 1 helai daun kunyit # - 3 cili besar #  - asam keping  - daun kunyit dan daun kaduk- di potong  Cara cara memasaknya  - kisar bahan bertanda # dan masukkan dalam periuk bersama 2 liter air dan santan dan ayam  - masukkan asam keping dalam 3-4 keping  - biarkan hingga mendidih dengan api sederhana  - masukkan daun kunyit dan daun kaduk yang di potong  - perisakan dengan garam, sedikit gula dan sedikit cukup rasa. - bagi yang suka pedas boleh masukkan cili api  Dah sedia untuk di makan. Resepi masak lemak ini boleh dikatakan bahan asas dan boleh dipelbagaikan dengan masak bersama-  - ikan tenggiri atau cermin atau merah yang diperap garam se...

Ubi Gadung.. ubi beracun menjadi santapan orang tua kita.. hebat kan..

Image
  Selepas  post satu gambar ubi gadung yang dijumpai di kebun di Kg Hulu Kekabu, Setiu, Terengganu, rasa terpanggil untuk mencari sedikit maklumat berkaitan dengan ubi gadung ini. Pelbagai respon dari sahabat berkaitan ubi yang agak payah untuk dijumpai kini dan agak 'rare ' ini. Nama saintifik ubi gadung ini adalah Dioscorea daemona atau D.hispada Dennst. Di Thailand ia dikenali sebagai Kloi dan manakala di Filipina ia dipanggil Nami. Ia merupakan sejenis ubi beracun jika dimakan mentah begitu sahaja ,alah mengikut laporan jika memakan ubi ini secara mentah bersaiz epal sahaja boleh membunuh si pemakannya. Walaupun begitu ia tetap menjadi santapan yang yang enak orang-orang tua kita dahulu. Hebat kan. Barang beracun menjadi santapan. Dan Admin juga pernah memakannya semasa kecil ubi ini yang dibuat oleh arwah bonda untuk dimakan dengan kelapa bersama garam dan gula. memang sedap terutama pada musim hujan. Ia dikatakan berasal dari India tetapi telah tersebar luas di Asia Te...

Bagaimana menjadi usahawan Shopee yang berjaya..

Image
  Jika anda mahu menceburi perniagaan zaman sekarang, anda perlu melihat peluang pasaraya mana atau platform mana yang perlu anda kuasai atau punyai untuk meletakkan barangan anda. Pasaraya yang paling ramai dikunjungi adalah yang terbaik kerana peluang menjual di sini adalah lebih besar. Mengikut iPrice Map of E commerce Q4 2020, pasaraya online yang palung ramai dikunjungi adalah Shopee dengan kunjungan melebihi 47.3 juta orang setiap bulan. Ia diikuti oleh Lazada dengan kunjungan atau aliran trafik seramai 14.7 juta orang setiap bulan. Manakala PG Mall dan Zalora masing-masing menerima kunjungan seramai 7.08 dan 1.12 juta kunjungan setiap bulan. Di Shopee walaupun persaingan untuk mendapatkan pelanggan adalah tinggi, tetapi peluang untuk mendapatkan jualan dan pelanggan juga tinggi dengan sistem dan sokongan jualan seperti promosi Mega Sales, malah anda juga diberi panduan dan bimbingan serta latihan bagaimana untuk meningkatkan sales anda, malah cara untuk men'deko'kan keda...

Itik dan Arnab Salai SETIU.. mula mendapat tempat dihati pelanggan... sedap bau asap

Image
  Itik Salai Setiu Berikutan keadaan PKP yang berterusan dan menjejaskan industri pelancongan dengan begitu teruk sekali, admin terpaksa mengambil inisiatif yang positif untuk survive dalam meneruskan kehidupan yang tak menentu dan bila pandemik ini akan beransur. Tak perlu mencipta alasan tetapi ciptalah peluang, maka terhasil lah produk SALAI dari daerah Setiu, Terengganu. Arnab Salai Setiu Dan buat masa ini produk salai yang dikeluarkan adalah Itik Salai, Arnab Salai, Daging Salai dan Keli Salai. Ianya enak sekali jika dimasak lemak bersama daun kadok dan belimbing buluh, ada yang bubuh daun kunyit dan cili api. Sambutan alhamdulilah sudah mula bertambah baik dan tempahan sudah mula diterima dan semalam pun Itik Salai Setiu sudah mendarat di Shah Alam. Dan esok ada lagi tempahan Itik Salai untuk pelanggan tempatan. Jika direnung inilah antara warisan dan alternatif orang tua kita dahulu dalam memanjangkan hayat makanan yang dulunya mana ada peti sejuk untuk disimpan lama selain ...

Nasi Plov Ayam Uzbekistan yang simple dan sedap... puas hati buat raya masa PKP

Image
  Untuk menu hari raya, kita cuba kelainan sikit dengan menu nun jauh dari Uzbekistan. Jika di sana ia popular dengan Nasi Plov Daging Kuda yang dimasak dengan kawah yang besar dan memang popular. Hasilnya puas hati. Menu pagi Raya Nasi Plov Chicken Uzbek Dengan Salatah dan sambal Resepi Nasi 4 cawan beras basmathi atau beras biasa Rendam 10 minit dan tos Ayam 1/2 ekor potong ikut sukahati Boleh juga guna daging atau kambing Utk kambing atau daging boleh rebus dahulu. 4 ulas bawang besar dimayang 6 ulas bawang putih dimayang 3 inci halia dimayang Ketumbar ditumbuk atau guna serbuk 1 biji carrot di potong panjang Cara caranya. Panaskan minyak .. lebihkan sikit minyak Tumis bawang dan halia hingga naik bau Masukkan ayam goreng dan gaul hingga masak Masukkan ketumbar Masukkan carrot Masukkan 2 sudu chicken stok powder Masukkan garam dan gula Masukkan beras Dan sukat air 4 cawan beras = 6 cawan air Letakkan 2-3 ulas bawang putih kat atas beras Masak nasi hingga masak. Untuk salad Poton...

Mee Rebus Daging yang simple dan sedap... mudah je

Image
  Sekali sekala kita ubah selera untuk berbuka puasa dengan menu lebih simple dan mudah iaitu Mee Rebus Daging. Nak menyamai dengan mee lejeng di Jerteh tu jauh lagi la. Tetapi ia menjadi inspirasi dalam membuat Mee Rebus  Daging ini. Ianya enak sekali dimakan dengan sambal kicap. Nak pedas atau tidak terpulang pada anda. Bahan-bahannya: -1/2 kg daging direbus sehingga empuk lebihkan air untuk diguna semasa memasak mee. -daging dihiris nipis-nipis -bawang putih dan bawang besar di mayang -sayur sawi -cendawan shitake jika suka -fish cake atau fish ball -mee kuning dicelur atau direndam air panas dan tos Cara-cara membuatnya: -tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. -masukkan daging dan goreng seketika. -masukkan air daging, jika tak cukup boleh tambah air -masak sehingga mendidih dan daging lembut -masukkan cendawan  dan fish ball atau fish cake -perisakan dengan garam, sedikit gula, sedikit cuka  -boleh tambah sedikit chicken stock powder dan cukup...

Pembuatan Nissang Nyiur.. aktiviti warisan yang patut di pelihara

Image
 Memproses air nira menjadi nissang nyiur atau gula nyiur atau gula melaka adalah salah satu aktiviti hiliran masyarakat Melayu di Malaysia terutama di pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan. Minuman air nira adalah minuman tradisi dan daripada air nira tersebutlah maka terhasilnya nissang nyiur. Ia merupakan aktiviti tradisional dan masih diamalkan sehingga kini. Malah daripada nissang nyiur ini boleh dijadikan gula gula nissang mahupun pencicah kepada makanan seperti ketupat dan lemang. Nissang yang asli adalah 100% daripada air nira yang dimasak sehingga terhasilnya karamel dan tanpa campuran gula walau sedikitpun. Ada juga yang mengcampurkan nissang ini dengan gula untuk dijual lebih murah yang selalunya dijual sebagai pemanis atau perisa dalam masakan dan kuih muih. Proses tradisi ini semakin hari semakin terhakis dan berkurang pengusahanya sedangkan potensi untuk dikomersilkan memang tinggi malah aktiviti menarik ini boleh dijadikan tarikan pelancongan berasaskan budaya...

Sambal Garing Goreng yang simple dan sempoi.. tak cukup 2 pinggan nasi

Image
  Di waktu PKP ini, perut asyik berbunyi aje. Meh kita ke dapur tengok apa yang ada. Ha jom kita buat Sambal Goreng Garing. Jangan marah kalau kena tambah nasi. Bahan bahannya -segenggam cili burung hijau - belacan sebesar ibu jari -2 labu bawang besar-mayang - 4 ulas bawang putih-mayang -gula merah/gula putih Cara cara membuatnya; -panas minyak -masukkan cili.. biar agak garing -masukkan belacan biar bangkit bau -masukkan bawang besar dan bawang putih -lenyekkan cili - perasakan dengan sedikit gula merah atau gula putih - untuk garam, cuba rasa dulu sebab rasa dah masin. Nah.. boleh makan dengan nasi panas Tambah dengan telur mata mata atau telur dadar.. Fuhh menambah nasi #bapakchef

Nasi Mandy Sumai Hotel Apartment memang sedap dan atam besar..kenyang nyandar..

Image
  Nasi Arab Mandy daripada Restoran Bintang Laut, Sumai Hotel Apartment memang rasa Arab.. puas hati sungguh. Tengahari tadi semasa ada urusan di bandar Kuala Terengganu, tiba tiba perut nak rasa Nasi Arab. Hari tu tengok iklan kat fb Sumai Hotel Apartment nampak macam menarik dan terliur pulak. Jadi singgah di gerai kecil di hadapan hotel yang memudahkan kenderaan untuk mendapatkan Nasi Mandy Ayam Special, kambing atau Lamb Shank. Sampai di gerai disambut mesra oleh adik penjual, katanya kambing dah habis, tinggal ayam special dan lamb shank, jadi saya minta Ayam Special. Harga RM12 se pek. Wahh besar pek ni. Macam tak habis je seorang makan.   Musim PKP, kereta adalah tempat paling sesuai untuk makan. Nak makan tak kena tempat kan silap silap jadi orang kaya bayar caj RM1k😅. Bila dibuka pek nasi.. besar ayamnya.. ayam quarter iaitu seekor potong empat. Nasinya pula boleh makan 2 orang, turut disediakan sambal , salatah, sup serta kuah dalca. Jamah je nasi.. memang seda...

Kue Tiaw Sup ala steamboat yang simple dan sedap.. mudah je..

Image
  Musim PKP ni kitaran hidup tak meluas sangat, travel pun dari bilik tidur ke ruang tamu.. dan jauh sikit ke dapur. Masuk ofis pun jika perlu. Petang turun ke laman buat sedikit exercise buat keluar peluh sambil tengok pokok pokok yang di tanam zaman PKP ni iaitu pokok Avocado dan Longan Sarawak atau Motoa. Jadi untuk perkongsian hari ini kita travel ke dapur hasil Bapak Chef iaitu Menu Kue Tiaw ala steamboat yang ringkas dan sedap. Bahan bahan yang diperlukan -1 bungkus atau 2 bungkus kue tiaw  (Saya buat 2 bungkus untuk 6 orang makan) -semangkuk ayam yang di cincang - semangkuk bebola yg diguna untuk steamboat, terpulang pada anda -sedikit cendawan shitake dan noki yang halus tu - semangkuk kobis bulat atau sayur yg anda suka -1 paket kecil perencah mee hoon sup adabi -1 sudu chicken powder - sedikit serbuk lada sulah - garam - sedikit sos tiram - bawang besar 1 labu dan 4 ulas bawang putih untuk menumis - sedikit minyak Cara- caranya - panaskan sedikit minyak dan tumis baw...

Warung Lang Buana.. walaupun tersorok tapi mendamaikan di Kg Panchur Merah, Setiu, Terengganu

Image
  Untuk kali ini Admin singgah untuk mencuba Sup Belut di sebuah warung yang agak jauh dari jalan besar di Kg Panchur Merah iaitu Warung Lang Buana. Walaupun bukan dipinggir jalan tetapi lokasi di sini amat mendamaikan dan ramai juga pengunjung yang datang untuk untuk menikmati keenakan menu di sini. Sup Belut Lang Buana boleh tahan juga rasanya dan sedap dimakan dengan suasana hujan sekarang. Warung berkonsepkan wakaf wakaf ini cukup menarik dan selesa untuk makan bersama keluarga. Banyak menu menarik di sini termasuk pelbagai sup dan juga yang mendapat perhatian ramai iaitu Sup Keting. Untuk datang ke sini jika anda dari Bandar Permaisuri, di simpang lampu isyarat Kg Guntung, belok kiri ke Kg Panchur Merah dan jika dari Jerteh belok kanan. Terus dalam 2km dan lokasi warung berhampiran dengan SK Panchur Merah, Setiu, Terengganu. Selamat menjamu selera.

Kisah Kopi... Di dunia dan Malaysia...

Image
  Kali ini kita bercerita kisah Kopi. Memang ia minuman kegemaran admin. Di dunia, kopi di tanam seluas 11.12 juta hektar dan Brazil merupakan pengeluar terbesar dunia dengan keluasan 2.15 juta hektar iaitu 19% daripada pengeluaran dunia diikuti dengan Vietnam seluas 1.057 juta ha serta Colombia seluas 0.88 juta ha. Di Malaysia, pengeluaran kopi hanya menampung 3% daripada keperluan kopi nasional dan 97% keperluan kopi di import iaitu 97,500mt hingga 100,000 mt dari Indonesia 48% dan Vietnam 26%. Terdapat 3 spesis kopi yang utama ditanam di serata dunia daripada 66 spesis kopi yang ada!. Spesis Arabica merupakan kopi premium yang berasal dari pergunungan Yaman dan kawasan tanah tinggi Ethiopia. Ia merupakan spesis kopi di tanah tinggi yang kini ditanam di serata tanah tinggi dunia. Spesis Robusta dikatakan berasal dari bahagian tengah dan barat Sahara di Afrika. Ia merupakan spesis kopi tanah rendah yang tidak kurang popularnya. Manakala spesis Liberica berasal dari Afrika Barat da...

Razna Houseboat satu-satunya 'houseboat' yang mempunyai lif! Unik kan..

Image
  Razna Houseboat yang mula beroperasi pada Ogos 2020 adalah satu satunya 'Houseboat' di Tasik Kenyir yang mempunyai lif!. Unik kan. Dengan mempunyai kemudahan 10 buah bilik mampu menampung 30 hingga 40 orang dalam satu masa. Terdapat 1 bilik VVIP serta 2 bilik VIP yang berhawa dingin dan mempunyai bilik air tersendiri. Manakala 7 bilik lain yang selesa berkongsi kemudahan 4 bilik air yang selesa.  Apa yang istimewa Coach VIP Razna Houseboat ini mempunyai roof top yang selesa bagi menikmati pemandangan tasik yang indah dan menarik sepanjang perjalanan. Ia juga boleh dijadikan ruang terbuka pelbagai guna untuk beraktiviti, ber barbeque dan macam macam lagi. Bagi anak anak ianya tentunya menggembirakan dengan kemudahan kolam renang dan gelungsur terus ke tasik yang akan meninggalkan memori yang indah percutian anda. Ia turut dilengkapi dengan kemudahan kayak, jaket keselamatan serta bot pengiring bagi memberi anda lebih kepuasan dalam beraktiviti serta menjelajah lubuk bagi kaki...

Pengunjung blog