iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Monday 18 June 2012

LA Hot Spring Besut, keunikan air panas dan air sejuk

kehebatan kuasa Allah dan anugerah alam pada manusia
Mata air panas Kg La atau lebih dikenali sebagai LA Hot Spring di Besut, Terengganu telah ditemui oleh Penghulu Ibrahim Bin Haji Mat ketika memburu pada zaman pemerintahan British. Dengan keadaan pada masa itu ditengah hutan belantara, maka tiada sesiapa yang mengunjunginya.



Keadaan mula berubah apabila pembukaan tanah rancangan persekutuan atau FELDA iaitu di Felda Tenang, ia memudahkan orang ramai untuk berkunjung dan sampai ke sini. Dari hari ke hari kemudahan jalan masuk serta kemudahan asas di sini telah ditingkatkan dan dibangunkan secara berperingkat.
airnya yang jernih dan tenang sesuai untuk perkelahan keluarga

Air panas yang keluar daripada sumber mata air di sini mempunyai darjah kepanasan yang berbeza iaitu di antara 50 'C hingga 75'C.
Inilah mata air yang boleh merawat pelbagai penyakit di kolam air panas La

Ia dikatakan mampu merawat penyakit saraf seperti stroke serta angin ahmar, penyakit lumpuh, darah tinggi, penyakit jantung serta penyakit yang berkaitan dengan kulit. Kandungan airnya yang mengandungi sulfur boleh diminum dan dikatakan baik untuk membuang toksin didalam badan kita.


Selain tarikan kolam air panas, ia juga terkenal bagi penggemar batu permata yang dikatakan banyak terdapat di kawasan ini.

Di sini juga terletak Lata Berangin di mana air terjunnya setinggi 350 kaki yang cantik dan masih terpelihara. Di sekitar tempat ini juga dikelilingi oleh pokok-pokok herba yang mempunyai pelbagai khasiat.
Menu patin asam pedas semasa Program Jelajah Besut
sebahagian peserta sedang menjamu selera


Bagi mereka yang ingin menginap di sini, terdapat kemudahan chalet serta tapak perkhemahan yang boleh disewa dengan harga berpatutan samada untuk berehat ataupun berubat dengan air panas.
Bagi maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pak Din di talian:
Lena sungguh kucing tidur, ambil gambar pun tak sedar

Sebahagian peserta dan blogger bergambar kenangan di LA Hot Spring

1 comment:

blackyellow said...

ade sesiapa tau no hp pengurusan chalet di laa hot spring
kalu ade boleh x htr kt sy >whatsapp 0179799773 atau email sy di myblackyellow@gmail.com

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog