Berbuka puasa di Permai Inn Kuala Terengganu










Destinasi berbuka puasa yang dikunjungi oleh blogger baru-baru ini adalah di Permai Inn Kuala Terengganu. Turut bersama blogger adalah kakitangan Agro Resort, Setiu, Terengganu yang sama-sama berbuka puasa di sini. Juga Majlis Berbuka Puasa oleh Umno Bahagian Marang. Kelihatan begitu meriah sekali majlis berbuka puasa di sini.

Dengan harga pakej berbuka RM39.00 seorang di Cahaya Restoran, pasti pelbagai pilihan menu yang menarik menjadi pilihan di sini daripada bubur lambuk, sup ekor, nasi kurma, masakan tradisional serta deretan kuih muih tradisional dan moden membuatkan mata menjadi rambang untuk mengambilnya.

Di sudut gerai pula terdapat sudut ikan bakar, mee goreng mamak, daging bakar, murtabak dan macam-macam lagi.


Suasana berbuka di sini juga menjanjikan keselesaan untuk pengunjung berbuka dengan dekorasi dalaman yang menarik.,


Bilik penginapan di sini juga luas dan selesa dan sesuai menjadi pilihan percutian anda. Ia turut dilengkapi dengan kemudahan kolam renang, gimnasium serta kemudahan letak kereta berbumbung.


Di sekitar hotel juga terdapat warung-warung yang menjual pelbagai menu tradisional Terengganu seperti Nasi Dagang, Nasi Kunyit, Nasi Kuning, Laksa, Laksam dan tidak ketinggalan keropok lekor.


Dengan jarak perjalanan dengan berjalan kaki, para pengunjung boleh mengunjungi pantai peranginan Batu Buruk untuk bersiar-siar dan menikmati kemudahan di sana.

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog