iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Saturday 16 December 2017

Isu IMAMS iaitu Pelaksanaan Integrated manasik Monitoring Systems yang mendapat bantahan ramai...

Image may contain: 4 people, people sitting and indoor

Sidang Media Sempena Pelaksanaan Integrated Manasik Monitoring Systems (IMAMS) bersama YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Sistem Bersepadu atau Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) telah berkuatkuasa hari ini ke atas semua 65 Agensi Pelancongan berstatus Muasassah di Malaysia yang dilesenkan dengan Lesen Khas Umrah sejak 1 Oktober 2017.
Sistem IMAMS menawarkan perlindungan takaful yang komprehensif kepada semua Agensi Pelancongan dengan kadar RM 90.10 bagi setiap jemaah.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Image may contain: 4 people, people sitting and indoor


Hasil carian imej untuk imams kementerian pelancongan malaysia
KENYATAAN MEDIA
Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia (KPK) telah mengumumkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Maklumat Pemantauan Bersepadu Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) pada 15 Disember 2017. Susulan itu, pelbagai reaksi telah diterima oleh KPK terhadap inisiatif tersebut.
Dalam hal ini, Lembaga Pengarah syarikat IMAMS adalah terdiri daripada warganegara Malaysia yang beragama Islam, manakala para pemegang saham syarikat adalah daripada warganegara Malaysia yang beragama Islam dan syarikat-syarikat tempatan. Dalam melindungi kepentingan dan sensitiviti agama Islam, syarikat IMAMS telah diarahkan untuk memastikan bahawa semua kakitangan syarikat adalah beragama Islam.
Kementerian dengan ini menyeru kepada orang ramai agar sentiasa berhati-hati sebelum mempercayai sebarang khabar angin yang tidak berasas mengenai pelaksanaan IMAMS, dan seterusnya mengetahui hak-hak sebagai pengguna untuk tidak membayar lebih daripada kadar yang ditetapkan iaitu RM90.10.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA
15 DISEMBER 2017

Admin: Isu ini telah mendapat perhatian dan bantahan yang hangat dari orang ramai, nanti ada berita terkini daripada MOTAC kita akan kongsikan.
Carilah jalan terbaik dalam menyelesaikan isu ini supaya ketegangan dan keresahan orang ramai dapat diredakan.

Isu cukai pelancongan dan Tourism Tax pun masih terasa, dan ditambah lagi isu tudung...
Kita tunggu respon

#setiupost

No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog