iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Monday 18 December 2017

Sapa yang berbakat mencipta logo TERENGGANU FC.. hadiah RM1,000 menanti

Image may contain: 1 person, smiling, text

PERTANDINGAN UNTUK MEREKABENTUK LOGO TERENGGANU FOOTBALL CLUB (TFC)
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Pihak TFC kini memberi anda peluang untuk menjadi penyumbang kepada pasukan ini dengan mengadakan pertandingan khas untuk merekabentuk logo pasukan ini. Apa yang lebih menarik adalah logo ini akan diundi dan ditentukan oleh penyokong sendiri!

CIRI-CIRI ASAS LOGO
1. Mempunyai identiti berkaitan Terengganu
2. Menggunakan tidak lebih daripada 3 warna tema
3. Logo kelihatan moden & ada identiti pasukan bola sepak
4. Tidak mempunyai unsur sensitif ( Jika jelas & nyata )
5. Sertakan penerangan logo
6. Penambahan & kreativiti lain amat digalakkan

PERATURAN,SYARAT & CARA MENYERTAI
1. Pereka adalah anak kelahiran negeri Terengganu
2. Pereka perlu menghantar karya dalam bentuk Adobe
Illustrator/Photoshop
3. Hanya satu rekaan logo dibenarkan atas seorang pereka
4. Rekabentuk Hardcopy seperti lukisan / sketchup tidak akan diambil kira
5. Rekabentuk logo perlu dihantar ke email terengganufootballclub@gmail.com
6. Sertakan salinan kad pengenalan beserta nombor telefon peserta pada email
7. Pereka diberi tempoh selama satu minggu iaitu bermula :
14 Disember 2017 - 21 Disember 2017. Logo yang dihantar melebihi tarikh tutup tidak akan diambil kira.
8. Hanya 15 Logo terawal akan disiarkan pada laman Facebook rasmi Terengganu Football Club (@footballclubterengganu). Bilangan Likes terbanyak pada post logo akan dipilih sebagai logo yang bakal digunakan oleh pasukan ini.
9. Undian akan bermula dari 22 Disember 2017 - 29 Disember 2017 (7Hari)

HADIAH PERTANDINGAN
1. Wang tunai sebanyak RM1,000.00
2. Barangan dari Terengganu FC
3. Pengiktirafan sebagai pencipta logo pasukan

''Kepada semua penyokong! Serlahkan kreativiti anda, Ayuh sertai untuk sama-sama kita bina lembaran baru sebagai sebuah kelab bolasepak yang disegani di Malaysia!"

Laman Sosial Terengganu FC :
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Instagram : @officialterengganufc
Twitter : @FCTerengganu


#TerengganuFC
#TerengganuFootballClub
#TerengganuFansClubTFC


#setiupost

No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog