TIPS PENGURANGAN CUKAI TAKSIRAN INDIVIDU

Hasil carian imej untuk cukai pendapatan individu 2017

Setiap kali sebelum tirai akhir tahun berlabuh, di antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah plan tindakan dalam menguruskan Cukai Pendapatan Individu dan bagaimana dapat dikurangkan ke tahap yang optimum dengan langkah bijak.

Di sini admin ingin kongsikan beberapa tips yang boleh dibuat dalam masa terdekat ini sebelum berakhirnya 31 Disember.

Di antara langkah-langkah pengurangan cukai adalah:


1) Zakat
Bayar zakat melalui potongan terus secara bulanan atau secara terus di kaunter. Cara ini akan dapat kurangkan potongan cukai berjadual (PCB) anda. Sebanyak mana zakat yang anda bayar, sebanyak itulah rebet yang anda nikmati. Sekiranya zakat yang anda bayar melebihi amaun cukai pendapatan individu yang perlu dibayar kepada LHDN, anda tidak perlu lagi untuk membayar cukai pendapatan tersebut kepada LHDN

2) Pendidikan anak dan takaful pendidikanBanyak skim-skim simpanan untuk menabung dan takaful pendidikan untuk anak-anak di tawarkan oleh syarikat-syarikat berkaitan dan juga swasta seperti tabungan dalam SSPN, takaful pendidikan dan lain-lain lagi. Pelepasan cukai maksimum bagi individu yang menabung ialah sebanyak RM3,000

3) Pembelian buku, majalah dan jurnal
Paling penting untuk anda menyimpan setiap resit pembelian samada anda membelinya dari kedai buku POPULAR, MPH Bookstore, Pustaka Mukmin dan lain-lain ataupun pembelian yang dibuat secara online juga boleh dapat rebet. Pelepasan cukai RM1,000 diberi untuk anda.

4) Failkan cukai secara berasingan bagi individu yang telah berkahwinBagi individu yang telah berkahwin, langkah ini melayakkan setiap individu mendapat pelepasan cukai sebanyak RM8,000 bagi pasangannya

5) Tingkatkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Anda boleh memohon kepada majikan anda untuk membuat pemotongan lebih dari kadar biasa 11% dan ianya akan mengurangkan amaun layak cukai anda.

6) melanjutkan pelajaran pasca graduan untuk golongan dewasaSekiranya anda masih membuat masa, minat, keinginan untuk melanjutkan pelajaran, anda perlu ambil kira yang kos pengajian anda itu layak untuk mendapat rebet cukain pendapatan anda

7) Pembelian barangan sukanPelepasan cukai maksimum RM300 untuk pembelian alatan sukan setahun. Simpanlah resit sebagai bukti.

8) Insuran hayat dan takaful keluarga
Pelepasan cukai sebanyak RM6,000 (dikongsi dengan caruman KWSP). Ini tidak termasuk takaful pendidikan. Sebaik-baiknya insuran hayat dan takaful dipisahkan

9) Bayaran Perubatan untuk ibu bapa
Peruntukan untuk pembayaran tersebut akan mendapat pelepasan cukai sebanyak RM5,000

10) Pembelian komputer setiap 3 tahunPelepasan cukai RM3,000 (sekali setiap 3 tahun)

11) Beli hartanah yang bernilai RM250,000 dan ke bawah
Pelepasan cukai sebanyak RM2,000

12) Buat pemeriksaan kesihatan secara keseluruhan (Full Medical Checkup)
Maksimum pelepasan cukai adalah sebanyak RM500


Pelepasan Cukai Individu Pemastautin
Tahun 2017
Bil.
Jenis Potongan Individu
Amaun (RM)
1
Individu dan saudara tanggungan
9,000
2
Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)
ATAU
Ibu dan Bapa 
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu 
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa
5,000 (Terhad)

ATAU
3000 (Terhad)
3
Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya)
6,000 (Terhad)
4
Individu Kurang Upaya
6,000
5
Yuran Pendidikan (Sendiri) :
(i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi; 
(ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian
7,000 (Terhad)
6
Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak)
6,000 (Terhad)
7
Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak)
500 (Terhad)
8
Gaya Hidup : 
(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; 
(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; 
(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan 
(iv) Bayaran langganan internet
2,500
(Terhad)
9
Pembelian peralatan penyusuan
1,000 (Terhad)
10
Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah
1,000 (Terhad)
11
Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2017 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2017)
6,000 (Terhad)
12
Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar. 
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia; 
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja; 
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan 
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan. 
Di mana: 
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan 
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut: 
A x B 

Di mana; 
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan; 
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan; 
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu
10,000
(Terhad)
13
Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri
4,000 (Terhad)
14
Suami/Isteri kurang upaya
3,500
15
Anak di bawah umur 18 tahun
2,000
16
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
2,000
17
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

8,000
18
Anak Kurang upaya
6,000
Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
19
Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji
6,000 (Terhad)
20
Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
3,000 (Terhad)
21
Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji
3,000 (Terhad)
22
Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
250 (Terhad)

Rujukan:

-http://alqorni.blogspot.my
-www.hasil.gov.my

#setiupost
#incometax

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog