LHDN: Satu pengalaman cemas...oleh Khaidir Ahmad..

Hasil carian imej untuk lembaga hasil dalam negeri
Kisah ini sebagaimana yang diceritakan oleh Saudara Khaidir Ahmad yang mencemaskan di KLIA

Pada 12 Disember 2017 saya bersama rombongan keluarga seramai 9 orang tiba di KLIA jam 9.30 pagi untuk menaiki pesawat ke Bandung.

Selepas semua urusan check in dgn syarikat penerbangan, kami sekeluarga berbaris di tempat pemeriksaan Imigresen dan saya di belakang sekali.

Ketika tiba giliran saya, pegawai Imigresen memberitahu "Encik tidak boleh ke luar negara kerana disenarai hitam oleh LHDN".

Saya amat terkejut kerana saya sudah bersara dan semua hutang dgn LHDN sudah dijelaskan menerusi potongan wang pampasan persaraan sukarela (VSS) sebelum saya bersara pada 15 Disember 2014.

Tambahan pula, dalam tempoh 3 tahun selepas bersara, saya tidak pernah menerima sebarang surat tuntutan hutang tertunggak drp LHDN di alamat kediaman tetap saya seperti yg tertera di MyKad saya. Dalam tempoh itu juga saya sudah beberapa kali ke Thailand atas urusan perniagaan, tetapi tidak pernah disekat sedemikian rupa.

Dalam keadaan cemas (kerana semua anggota keluarga sepakat untuk membatalkan penerbangan kalau saya tidak bersama mereka) dan malu (kerana ketika itu pusat pemeriksaan Imigresen KLIA agak sesak), saya agak bernasib baik kerana pegawai Imigresen memberikan kerjasama yg baik termasuk memberi contact number Pegawai LHDN yg boleh membantu menyelesaikan masalah saya itu.

Setelah berhubung dgn Pegawai LHDN, saya diberitahu masih berhutang RM1,805 tunggakan cukai bagi tahun taksiran 2014, iaitu tahun terakhir saya bekerja dengan TV3. Katanya, tunggakan itu berpunca drp kesilapan pengiraan potongan wang pampasan persaraan saya pada 2014 dan surat tuntutan hanya dihantar ke alamat bekas majikan saya (TV3 di Sri Pentas, Bandar Utama) dan tidak ke alamat saya mengikut MyKad atau Kad Pengenalan saya.

Nasib baik ketika kejadian masih dlm waktu bekerja harian, saya ada membawa ringgit tunai yang mencukupi dan masih ada sedikit waktu sebelum penerbangan berlepas - yg membolehkan saya berurusan dgn LHDN dan membuat bayaran di kaunter CIMB Bank di KLIA.

PERSOALANNYA:
1. Mengapa LHDN tidak menghantar surat tuntutan tunggakan cukai ke alamat mengikut kad pengenalan saya (tidak mungkin LHDN tiada akses dgn data Jabatan Pendaftaran Negara) sedangkan mereka sudah sangat maklum yang saya sudah bersara dari TV3 dan sudah "merampas" lebih RM60,000 drp jumlah wang pampasan persaraan awal saya? (Saya gunakan perkataan merampas kerana saya percaya wang pampasan persaraan saya adalah hak mutlak saya yg tidak sepatutnya dkenakan cukai kerana ia bakal digunakan utk menampung kos sara hidup saya sekeluarga selepas hilang pekerjaan tetap / bersara awal).

2. Jika insiden ini berlaku ketika mahu menaiki pesawat ke luar negara pada waktu malam atau hari cuti umum hingga menyebabkan saya sekeluarga terpaksa membatalkan pakej percutian berharga kira-kira RM15,000, adakah LHDN akan membayar gantirugi kpd saya kerana kecuaian mereka tidak mengemaskini alamat saya mengikut MyKad?

RUMUSAN:
LHDN perlu menggunakan sedikit budi bicara atau mengkategorikan bentuk tindakan sebelum mengenakan tindakan paling berat dengan menyenarai hitam / sekatan ke luar negara terhadap pembayar cukai berasarkan jumlah tunggakan cukai yg belum dibayar.

Contohnya, kalau jumlahnya kurang RM5,000 jgnlah terlalu menyusahkan pembayar cukai terutama yg sebelum itu mempunyai rekod baik bayaran cukai dalam jumlah yg lebih besar (saya membayar cukai selama 32 tahun tanpa gagal menerusi skim PCB)

NOTA:
Saya ingin merakamkan terima kasih dan pujian kpd Pegawai LHDN dikenali sebagai Sdra Firdaus kerana kerjasama yg sangat baik dan tindakan pantas beliau melupuskan nama saya drp senarai hitam LHDN sebaik shj saya membayar tunggakan cukai berkenaan di Kaunter CIMB Bank KLIA.

Sumber: FB 
Khaidir Ahmad

P/S: Kisah sebagai satu peringatan dan pengajaran untuk kita terutama yang ingin ke luar negara. Pastikan anda menyemak dengan Jabatan Imigresen dan pastikan anda bersih dari masalah. Ianya tentunya mendemarkan dan mencemaskan apatah lagi jika anda keluar negara secara berkumpulan.

#setiupost

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog