TIPS UNTUK KE KLIA DARI KUALA LUMPUR ATAU SEBALIKNYA.....

Hasil carian imej untuk budget travelers

Sekadar perkongsian bersama. Perbezaan airport transfer dari KL City ke KLIA/KLIA2 dan KLIA/KLIA2 ke KL City
Sekarang ni ada banyak alternatif untuk ke KLIA / KLIA 2 dari KL City dan sebaliknya.
1. ERL = RM55 single / RM90 return
2. Bas Air Asia = RM10 single & Free (Dari PJ - KLIA2)
3. Crew Airport = RM28 single / RM56 return
4. Grab Car, Uber & Taxi = RM70-150 single
Apa beza kelima-lima airport transfer ini?
ERL : menawarkan diskaun sebanyak 10% bagi pembelian Return Ticket via ticket machine bagi tiket dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2 dan vice versa. Then jika anda berada d iluar KL City area, which susah/jauh/cost untuk ke KL Sentral, boleh naik dimana-mana stesen ERL Transit. Hanya kurang 1 jam untuk ke KLIA/KLIA2.

Bas Air Asia : bas ini berlokasi di KL Sentral dan sememangnya murah terutama bagi budget travellers. Dengan hanya RM10, anda boleh ke KLIA2 dan anda perlu menaiki ERL dari KLIA2 ke KLIA jika penerbangan anda dr KLIA. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam.

Crew Airport : menawarkan perkhidmatan “pick - up from your hotels / hostels or KL Sentral to KLIA/KLIA2 or KL Sentral” dan “Pick-up from KLIA/KLIA2 to your hotels / Hostels or KL Sentral” dengan hanya RM28 sehala seorang dengan van. Dan anda boleh merancang perjalanan anda dengan pembelian tiket secara online sahaja di www.crewairport.com atau mana-mana hotel / hostel yang tertentu sahaja. Cuma, hanya tertakluk kepada hotel & hostel di sekitar KL City sahaja. Jika anda berada di luar KL City, anda perlu tunggu untuk pick - up di KL Sentral. Perjalanan memakan masa dari KL Sentral lebih kurang 1 jam.

Grab car, Uber & Taxi : anda boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan membuat booking menggunakan applikasi untuk mendapatkn kenderaan untuk ke KLIA / KLIA2. Kos adalah lebih kurang RM70-150. Perjalanan memakan masa kurang dari 1 jam dari KL City bergantung kepada current traffic.

Pelbagai pilihan Airport Transfer yang ada di Kuala Lumpur & KLIA/KLIA2

Sumber FB 
Fathlani Razak

#setiupost

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog