iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Sunday 3 December 2017

Setiu mengungguli Kejohanan Pingpong Tertutup Terengganu 2017

Image may contain: 15 people, people smiling, people standing

Kejohanan Pingpong Tertutup Terengganu 2017 telah berlangsung pada 2 Disember 2017 bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak. Seramai lebih 130 penyertaan telah diterima meliputi perseorang lelaki dan wanita serta bergu lelaki dan wanita.

Kejohanan ini diadakan sebagai persediaan bagi memilih wakil pasukan Terengganu ke Kejohanan Pingpong Malaysia 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 20 hingga 23 Disember 2017.

Keputusan penuh kejohanan adalah sebagaimana berikut:

Perseorangan lelaki;
Johan- Rosuwady Shukri- Setiu
Naib johan- Wah Tee Lee- Hainan
ketiga- Saiful Bahri Omar- Wakaf mempelam
 dan Chin Kuan Tuan- Hainan

Perseorangan Wanita
Johan- Ter Chin Shyuen- Hainan
Naib Johan - Nurul Izza Zaharuddin- Setiu
Ketiga- Nur Aliya Syafiqah kamaruzaman- Alor Damat
dan Nurul Syazwani- Seberang Takir

Bergu Lelaki
Johan- Rosuwady Shukri/ Nazri- Setiu
Naib Johan- Mohd Yusuf Ibrahim/ Che Nuzul Hapiz Che Alias- Setiu
Ketiga- Saiful Bahri/ Masrin- Wakaf mempelam dan
Ramli Mohamad/Asri Abdullah- Seberang Takir

Bergu Wanita
Johan- Nurul Izza Zaharudin/ Nor Amie- Setiu
Naib johan- Ter Chin Shyuen/ Tan Joe Yee- Hainan
Ketiga- Nurul Liyana/ Nurul Syazwani- Seberang Takir dan
Amila Shahirah/ Nik Nur Aina- Seberang Takir

perseorangan lelaki akhir- Rosuwady Shukri vs Wah Tee Lee

Perseorang wanita akhir- Nurul Izza vs Ter Chin Shyuen

Bergu Lelaki akhir- pasangan Yusof/Che Nuzul vs Rosuwady/Nazri


Image may contain: 1 person, playing a sport

Dalam kejohanan ini kontijen Persatuan Pingpong Daerah Setiu telah membolot hampir semua kemenangan utama iaitu perseorangan lelaki, bergu lelaki, bergu wanita dan naib johan perseorangan wanita walaupun baru mengaktifkan waktiviti latihan kelab dan ahli dalam tempoh dua bulan.

Pihak persatuan pingpong daerah bercadang untuk memohon dewan pingpong sendiri bagi mengcungkil bakat-bakat baru yang akan membawa nama negeri Terengganu dan Malaysia pada masa akan datang.

Di antara kejayaan yang telah diperolehi oleh ahli-ahli persatuan adalah:
- Pingat Gangsa Sukan Para ASEAN 2017 melalui Abdul Razak
-Johan Kejohanan Sukan Wilayah FELDA KEBANGSAAN 2017 mewakili Terengganu
-Johan Sukan MSKPP Terengganu kategori lelaki dan wanita

Syabas dan tahniah ...

#setiupost

No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog