Semakan dan kemas kini BR1M 2018.. boleh semak sekarang!!!

Hasil carian imej untuk semakan BRIM

Bagi yang belum menyemak atau mengemas kini ataupun untu pendaftaran baru terutama warga emas atau jiran-jiran serta saudara mara terdekat bolehlah ke laman WEB BRIM dengan klik pautan di bawah

Bukan sekadar semak untuk kita, malah sebaiknya juga tolong semak untuk orang lain yang terdekat dengan kita terutama mereka yang kurang mahir dengan aplikasi online atau komputer.

Kita mudahkan urusan orang, insyalah Allah swt permudahkan urusan kita juga.

SEMAKAN BRIM

Kenyataan Media Kementerian Kewangan Malaysia berkaitan BR1M 2018

PERMOHONAN DAN KEMASKINI BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA 2018 DIBUKA MULAI 27 NOVEMBER SEHINGGA 31 DISEMBER 2017

 1. Sukacita dimaklumkan, permohonan dan kemaskini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2018 akan dibuka mulai 27 November hingga 31 Disember 2017.

 Pemohon boleh membuat permohonan/kemaskini melalui kaedah berikut: Permohonan Secara Manual, Pengisian Borang Permohonan/ Kemaskini Dalam Talian

  Borang BR1M 2018 boleh didapati secara percuma di mana-mana Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

  Pemohon juga boleh memuat turun borang permohanan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my

  Permohonan boleh dibuat di Portal Rasmi BR1M,https://ebr1m.hasil.gov.my.

 2. Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal/tidak layak dalam permohonan BR1M 2017 perlu membuat permohonan baru bagi BR1M 2018.

 Bagi penerima BR1M 2017 (sedia ada), pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

3. Adalah dimaklumkan juga, Kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai BR1M melalui aplikasi whatsapp dan media sosial yang lain. Maklumat yang sahih hanya boleh didapati melalui risalah BR1M 2018 yang telah diedarkan kepada semua penerima BR1M dan juga melalui laman sesawang https://ebr1m.hasil.gov.my.

 4. Kerajaan berharap pembayaran BR1M 2018 dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 serta e-mel kepada: br1m@treasury.gov.my.

 Kementerian Kewangan Malaysia 
PUTRAJAYA
 24 November 2017

#setiupost
#BR1M2018


Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog