iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Thursday 7 December 2017

SEMASA: 94 Pelajar Pra-U Sertai Program Pemukiman Negara Bangsa di Peladang Setiu Agro Resort

Image may contain: one or more people, tree, plant and outdoor

Oleh Aminudin Ismail
Seramai 94 pelajar yang baharu menamatkan pengajian mereka di tingkatan enam menyertai program Pemukiman Negara Bangsa Pra-U yang diadakan di Setiu Agro Resort, Kampung Guntung, Setiu hari ini.
Program kali pertama itu adalah anjuran Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).
Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting, table and indoor
Presiden Alumni GPMS Kebangsaan, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, pelajar itu dipilih daripada lima buah sekolah di negeri Terengganu.
"Sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, SMK Sri Nilam, SMK Bukit Besar dan SMK Sultan Ahmad," katanya.
Image may contain: one or more people, tree, plant, outdoor, nature and water
Menurutnya, program ini adalah untuk memberi penekanan terhadap TN50 dimana menunjukkan bagaimana untuk mereka sampai ke arah TN50 bukannya apa yang mereka inginkan.
"Kami ingin menyediakan kenderaan kepada mereka untuk mencapai TN50, kenderaan yang mampu membawa mereka cemerlang di TN50 dan bukan lagi sebagai penonton kepada kejayaan orang lain.
"Kami ingin ciri-ciri seorang pemimpin TN50 yang berintegriti serta semangat patriotik yang tinggi dan sentiasa bersedia berdepan dengan cabaran seiring dengan program yang dilaksanakan," katanya.
Syed Anuar berkata program ini merupakan konsep pertama serta siri pertama yang diadakan dan menerusi program ini mereka menekankan kepada konsep pemimpin yang mantap dari segi fizikal dan mental.
Image may contain: 6 people, people sitting, outdoor and nature
Image may contain: one or more people, tree, shoes, basketball court and outdoor
Katanya, selain itu, aktiviti lain yang diadakan ialah riadah, aktiviti lasak, tazkirah, solat berjemaah dan lain-lain.
Image may contain: 1 person, standing
Majlis perasmian program dilakukan oleh Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, petang tadi.
Dalam ucapanya, Shafruddin berkata antara yang perlu ada untuk kejayaan seseorang pelajar itu ialah cita-cita, sasaran, hubungan baik sesama manusia, hubungan dengan Allah dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa serta adik beradik.
Katanya, pelajar perlu mempraktikkan perkara itu sekiranya mereka mahu menjadi orang berjaya suatu hari nanti.
Beliau yang menceritakan kisahnya untuk pengajaran peserta menarik perhatian pelajar yang hadir pada majlis perasmian program itu.
Hadir sama pada majlis perasmian ialah Ketua Fasilitator, Zolkarnain Shari, Timbalan Pengerusi GPMS Terengganu, Mohd Izham Ahmad, Pengetua SMK Sultan Ahmad, Abu Bakar Muda dan Ketua Sektor JPNT, Nasir Jusoh.

No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog