PERDEBATAN SYARAK TENTANG BITCOIN
Oleh Prof. Madya Dr. Amir Shaharuddin, Dekan Fakulti Ekonomi & Muamalat, USIM Bitcoin mula diperkenalkan pada tahun 2008 oleh seorang yang menamakan dirinya sebagai Satoshi Nakamoto. Namun, sehingga kini maklumat secara terperinci mengenai beliau masih menjadi misteri. Bitcoin adalah satu kod perisian secara digital yang digunakan sebagai catatan transaksi kewangan di dalam jaringan yang dikenali sebagai blockchain. Transaksi Bitcoin dilakukan melalui dompet eloktronik yang merekod segala transaksi secara maya. Semasa mula diperkenalkan, Bitcoin tidak mempunyai nilai yang signifikan. Kod-kod digital yang diwujudkan tidak dapat ditukar dengan aset berharga. Namun begitu, fenomena ini berubah sejak kebelakangan ini. Nilai bagi satu Bitcoin kini melonjak kepada USD11,000. Penerimaan syarikat-syarikat perniagaan terhadap Bitcoin sebagai medium pertukaran semakin bertambah. Hal ini menimbulkan persoalan sama ada Bitcoin diiktiraf oleh syarak ataupun tidak? Adakah Bitcoin satu b