Posts

Showing posts from 2010

Sejarah Kesultanan Terengganu

Pengasas Kesultanan Terengganu pada hari ini ialah Sultan Zainal Abidin I. Baginda ialah putera Tun Habib Abdul Majid atau dikenali juga dengan panggilan Bendahara Padang Saujana. Mengikut buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua di atas pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sumber yang lain pula dinyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas tahta Kerajaan Negeri Terengganu oleh Phra Chau Yang, Raja Pattani. Mengikut hikayat Johor serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Pattani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar 1688. Ketika berada di Pattani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh Raja Pattani, Phra Nang Chau Yang. Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708.  Ini berdasarkan duit kupang emas Terenggan...

Sejarah Awal Kerajaan Terengganu

Sejarah awal Terengganu adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua pada tahun 1225 yang menyebut sebagai jajahan takluk Palembang. Dalam Negarakartagama, tulisan Prapanca dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan Terengganu, Paka dan Dungun di bawah taklukan Majapahit. Berdasarkan bukti arkeologi seperti kapak batu dan tembikar yang dijumpai di Gunung Bewah terdapat manusia tinggal di situ sejak 4,000 tahun sebelum masihi. Pada Batu Bersurat Terengganu terdapat pula catatan nama Raja Mandalika. Seterusnya dalam sejarah Terengganu, terdapat pemerintahan bernama Megat Panji Alam dan juga Tun Telanai. Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan Johor. Pada ketika itu, dua orang pembesar Johor ; Laksamana dan Paduka Megat Seri Rama dihantar memerintah Terengganu. seterusnya Bendahara Hasan pul...

Kedatangan Islam Di Terengganu

S etakat ini tidak dapat dipastikan dengan tepat tarikh atau tahun dan dari mana kedatangan Islam ke Terengganu. Namun begitu pada Batu Bersurat Terengganu tercatat tahun Hijrah 702, bersamaan 1303. Tahun ini disetujui setakat ini tercatat di Batu Bersurat dan bukan bermakna Islam bermula di Terengganu pada tahun tersebut. Dengan ini bermakna Agama Islam telah bertapak di Terengganu sebelum tahun 1303. Perkembangan Islam di Terengganu sebelum tahun tersebut membolehkan penulis batu bersurat menulis jawi dan golongan tertentu di Terengganu boleh membaca jawi. Satu perkara yang menarik di sini, Terengganu adalah negeri yang terawal di Malaysia mengkanunkan undang-undang Islam. Dalam pada itu terbukti pada kurun ke – 16 Sharif Muhammad Al-Baghdadi sudah berada di Kuala Berang. Kehadiran beliau ini sudah pasti ada kaitan dengan Agama Islam dan perdagangan. Beliau meningga...

Kenali asal usul Terengganu

Asal Usul Nama Terengganu Setakat ini terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan nama negeri Terengganu. Nama Terengganu itu dikaitkan dengan " Terangnya ganu ", " Taring anu ", dan " Terangan nu ". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu ( Kelantan dan Pahang ) dan juga dari penduduk Terengganu sendiri. " Terangnya ganu " ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelajar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi di langit. Mereka pun menyatakan " Terang sungguh ganu di sini ". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya ". Sementara itu " Taring anu " dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar ( 1839 – 1876 ). Sebelu...

Kejohanan Monsoon Cup, Ben Ainslie Juara

Image
Piala Monsun: Ainslie Rangkul Gelaran Berganda Buat Kali Pertama Ben Ainslie (dua, kanan) dari TEAMORIGIN merangkul gelaran berganda, Piala Monsun dan World Racing Match Tour. Foto: BERNAMA KUALA TERENGGANU, 5 Dis (Bernama) -- Juragan pasukan TEAMORIGIN, Ben Ainslie, merangkul gelaran juara berganda apabila menjuarai Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun 2010 dan juga kejuaraan dunia di Pulau Duyong, di sini. Pelayar Britain berusia 33 tahun itu juga dinobatkan sebagai juara Jelajah Dunia Match Racing (WMRT) ISAF buat kali pertama dengan mengumpul 118 mata selepas mengharungi sembilan sirkit jelajah dunia musim ini. Piala Monsun merupakan sirkit terakhir dalam Jelajah WMRT ISAF. Ainslie muncul juara Piala Monsun edisi keenam buat julung kali selepas menewaskan juragan pasukan Mirsky Racing Team, Torvar Mirsky, 3-2 dalam perlawanan akhir. Selaku juara Piala Monsun, Ainslie membawa pulang wang tunai RM310,000 serta trofi dan turut memperoleh wang tunai US$50,000 (RM157,050) da...

Pelancong dan Pengunjung kena 'Sembelih' di KualaTerengganu

P agi tadi dalam perjalanan menuju ke tempat kerja, sedang asyik mendengar celoteh DJ di THR Gegar blogger terdengar aduan seorang pengunjung atau pelancong yang baru pulang dari mengunjungi Kuala Terengganu kerana telah kena 'sembelih' di Kuala Terengganu. Ingatkan sempena Hari Raya Korban ini, hanya lembu dan kambing yang patut disembelih tetapi pelancong dan pengunjung ke Kuala Terengganu turut terkorban sama walaupun tidaklah sampai menemui ajal. Kata pengadu itu, beliau sekeluarga telah makan di sebuah kedai makan di Kuala Terengganu dengan masakan panas yang berlaukkan tomyam untuk 4 orang makan, sayur serta nasi dan harga yang kenakan adalah RM250.00. Mahal tu... memang betul-betul sembelih.

Senja di Kuala Terengganu dan Panorama Malam Taman Shahbandar

Image
Keindahan senja di Waterfront Kuala Terengganu Kali ini blogger bukanlah ingin bercerita panjang, tetapi sekadar berkongsi gambar-gambar menarik yang telah blogger ambil semasa bersiar-siar di Kuala Terengganu baru-baru ini. Sejak aktif menjadi blogger, kamera seakan-akan sukar untuk berenggang dengan blogger. Ia sudah menjadi teman wajib blogger ke mana sahaja hatta sampai bilik mesyuarat.  Semua  acara dan peristiwa akan dirakam blogger  untuk rujukan. Kemudian barulah pilihan dibuat ke atas gambar-gambar dan cerita yang boleh dikongsikan diblog. Gambar-gambar yang ingin di kongsi kali ini adalah berkaitan Senja di Kuala Terengganu dan Panorama Malam T aman Shahbandar. kerlipan lampu malam yang menawan panorama yang mengasyikkan Sesuatu yang sukar digambarkan dengan kata-kata  

ISTANA MAZIAH.. berusia lebih 100 tahun namun tetap utuh

Image
Pemandangan indah Istana Maziah di waktu malam Bangunan warisan Istana Maziah yang berusia lebih daripada 100 tahun ini tetap utuh dan teguh  menghadap muara Sungai Terengganu. Ia menjadi lokasi rasim bagi upacara istiadat negeri samada istiadat pertabalan, perkahwinan,menyambut tetamu dan sebagainya.

Tahniah Kepada Pemenang Blog

Image
Blogger Berbaloi di Terengganu Telah diketahui sudah keputusan pemenang pertandingan Blog Pelancongan Negeri Terengganu. Tahniah kepada Puan Norhaizan Abd Kadir iaitu Blogger Berbaloi Di Terengganu kerana telah mendapat tempat Pertama bagi kategori terbuka. Sememangnya bukan tugas yang mudah untuk menjadi blogger dan seterusnya adalah untuk mendapatkan pengikut dan pembaca setia blog.

Menjelang 2 Nov 2010 di Primula Beach Resort

Esok adalah hari yang dinantikan dan ditunggu oleh semua blogger-blogger Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu setelah sekian lama berhempas pulas memerah otak dan keringat dalam memajukan lagi sektor pelancongan di Terengganu. Apa yang paling penting adalah sama-sama kita dapat mengenali dengan lebih rapat dan mesra antara blogger-blogger ini dan dapat bertukar-tukar pandangan dan seterusnya terus secara istiqamah mengaktifkan blog masing-masing secara berkala-kala dan sistematik.

Beca Terengganu.. ke mana nasibnya

Image
(gambar ehsan MBKT) Terdengar berita di radio Terengganu FM tentang perlunya usaha memulihara warisan beca Terengganu. Di mana sekarang ini ia tidak lagi mendapat sambutan dan tidak sepenting sebagaimana dulu. Apa usaha kita dalam menjaga warisan beca Terengganu ini?. Boleh dikatakan kebanyakan pengayuh beca adalah mereka yang miskin dan hidup susah. Jadi kehidupan mereka akan bertambah susah jika tiada usaha memulihara dan menginovasikan beca ini supaya bernafas kembali dan boleh memberi pendapatan yang memuaskan kepada pengayuh-pengayuh ini. Mungkin sudah tiba masanya beca ini bertukar menjadi ' motobeca ' supaya jarak operasi mereka lebih jauh dan tidak lagi memerah kudrat dan keringat pengayuh tua. Operasi motobeca mungkin boleh melangkau perjalanan dari bandar ke Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam, Pulau Duyung, Batu Enam, malah mungkin sampai ke Bukit Payung.

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu (PBPT) 2010

Hari ini blogger menerima jemputan untuk Majlis Penyampaian Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu sebagaimana berikut: Dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Anda Yang Dihormati (Peserta Layak Pertandingan) Ke : Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu (PBPT) 2010 Tarikh : 2 November 2010 (Selasa) Masa : 4.30 petang Tempat : Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu

Makan Nasi dengan Asam Pedas di Kuala Brang

Hari ini, blogger memulakan perjalanan menuju ke Batu Pahat, Johor di atas urusan kerja. Memilih jalan dari Setiu melalui simpang Kg Bt 29- Kg Langkap- Kg Pelong- Kg Tajin dan seterusnya ke bandar Kuala Brang. Pemandangan kehijauan kebun-kebun serta ladang kelapa sawit memang mendamaikan. Perjalanan juga lancar dan selesa. Jam telah menunjukkan waktu tengahari yang terdetik di perut, "lama sudah tidak merasa nasi ulam budu dengan asam pedas di Kuala Berang'. Bersama rakan blogger memilih untuk di kedai yang menjadi kebiasaan berhampiran gerai-gerai yang menjual jagung dan kacang rebus setelah memasuki simpang ke bandar Kuala Brang daripada Sg Tong.

Rumah Terbuka Aidil Fitri Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu... menghimpunkan pengusaha dan penggiat pelancongan

Image
Pada 7 Oktober baru-baru ini, blogger mendapat jemputan untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu serta kerjasama MATTA, MBHA, MAH dan lain-lain agensi dan penggiat pelancongan di Muzium Negeri Terengganu. Suasana majlis berlansung dengan meriah sekali. Pelbagai masakan tradisi ditampilkan oleh agensi dan hotel-hotel yang masing-masing mengekalkan tradisi dan keuinikan masakan serta warisan kuih-muih tradisi. Apa yang pasti blogger cukup tertarik dengan kuih muih daripada Peranakan Terengganu yang kini sudah berasimilisasi dengan budaya Terengganu seperti Roti Paun dan lain-lain. Juga yang paling istimewa adalah Nasi Dagang Terengganu yang memang sedap. Sesuatu yang sukar di cari di tempat lain... Suasana yang nyaman di perkarangan Muzium Negeri Terengganu telah memberi satu ketenangan disamping dapat berjumpa rakan-rakan dalam industri pelancongan terutama hotel-hotel, ag...

Jamuan Hari Raya Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu..ada kambing panggang

Image
Di penghujung Syawal baru-baru ini, blogger berkesempatan mengunjungi Majlis Jamuan Hari Raya dan Hari Inovasi Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (LPP) di Wisma Peladang berhadapan dengan Mydin Mall Kuala Terengganu. Majlis yang cukup meriah ini dihadiri oleh semua warga kerja LPP dan PPK seluruh negeri Terengganu, warga petani dan peladang serta kakitangan jabatan dan agensi yang berkaitan. Banyak sekali makanan disajikan daripada masakan tradisional seperti Nasi Minyak, Gulai kawah kambing, lemang, ketupat, rendang, laksa serta kuih tradisional seperti tapai pulut, buah-buahan, sate dan yang paling istimewa adalah Kambing Panggang . Dua ekor kambing panggang dihidangkan untuk hadirin. Nampak sungguh sedap kambing panggang yang telah diperap. Untuk makluman Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) telah mengorak langkah dalam memajukan ternakan kambing dan akan menjadi antara pembekal utama kambing terutama daripada baka Boer di negeri Terengganu. Kira-kira 2000 ekor ka...

kembali ke blog, Macam-macam Program di Terengganu

Selepas berhenti rehat hampir 10 hari, kini tarikh bersejarah 10.10.10 blogger kembali semula ke alam maya dengan semangat baru. Bukan semangat seperti orang yang berkahwin yang memilih tarikh bersejarah ini, tetapi setelah penat dalam menumpukan kepada tugas dan kerja, kini semangat kembali membuak untuk kembali diruang maya. Banyak lagi bahan dan cerita untuk di kongsi. Sepanjang 10 hari ke belakang ini pelbagai cerita akan ditampilkan semula antaranya, majlis Hari Raya LPP Negeri Terengganu dan Rumah Terbuka Pelancongan Terengganu, Merayau malam Di Taman Shahbandar, serta Hening di Water Front. Semasa menghadiri Rumah Terbuka Pelancongan Terengganu, blogger di sapa bahawa ada yang sentiasa mengikuti blog Terengganu My Heritage samada melalui blog, google news atau facebook. Blogger juga sempat berkunjung ke destinasi baru pelancongan Terengganu iaitu Pulau Warisan. Walaupun belum siap sepenuhnya, tetapi telah mula mencuri tumpuan apabila Program SUA RASA anjuran TV9 di adakan disi...

Tirai pertandingan sudah berlabuh

Tepat jam 12.00 malam 30 september 2010, maka berlabuhlah tirai pertandingan Blog Pelancongan Terenganu 2010. Tahniah kepada penganjur kerana berjaya menarik dan melahirkan begitu ramai sekali blogger-blogger yang sebahagian besarnya anak Terengganu. Bayangkan jika setiap blog mempunyai lebih kurang 100 pengikut atau pembaca, jika kita ada 100 blog maka telah ada 10,000 pembaca atau pengikut dan ianya akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Itu belum dikira jika blog itu boleh mencapai 100 pengikut atau pembaca sehari. Jika begini keadaannya, industri pelancongan Terengganu akan berkembang lebih cepat dan pantas dari yang dijangkakan. Segala komen,komentar mahupun cadangan akan lebih cepat diketahui, idea, saranan dan sebagainya akan berkembang lebih pesat. Khazanah dan warisan Terengganu akan tersebar lebih luas ke serata alam. Usah dirisau pasal bahasa kerana banyak sekali program atau widget alih bahasa untuk pelancong asing dari benua mana sahaja untuk sama-sama mengetahui he...

Terengganu Secara Am

Terengganu secara amnya adalah salah satu negeri di Pantai Timur yang mempunyai keluasan seluas 12,995 km persegi dan 225 km panjang pantainya yang memutih dan cantik. Ibu Negeri Kuala Terengganu adalah ibu negeri dan bandar diraja yang terletak di pinggir Sungai Terengganu dan kini dikenali sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air. Daerah Mempunyai 7 daerah iaitu Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Dungun, Hulu Terengganu, Marang dan Kemaman Populasi Anggaran populasi di negeri Terengganu adalah lebih kurang 1 juta orang di mana 95% adalah orang-orang Melayu dan selebihnya adalah kaum Cina , India dan lain-lain. Hari Bekerja Hari Bekerja di negeri Terenganu adalah Ahad hingga Khamis dan Jumaat dan Sabtu adalah hari minggu dan kelepasan am. Cuaca Ia adalah beriklim tropika dengan purata cuaca di antara 26'C hingga 33'C. Dan kebiasaan mengalami hujan lebat dan berangin pada November hingga Januari setiap tahun. Dan kehidupan serta perniagaan adalah berjalan seperti biasa pada waktu te...

Makanan Terengganu.. memang enak dan unik

Makanan-makanan Terengganu sentiasa menjadi kegilaan dan igauan bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke negeri cantik ini. Sebut sahaja Terengganu, pasti terbayang keenakan Nasi Dagang bersama Gulai Ikan Aya. Dari Besut sampai ke Kemaman, masing-masing ada destinasi terbaik untuk Nasi Dagang. Apa lagi kalau di kawasan Kuala Terengganu terutama Chendering dan Kuala Ibai. Campuran nasi dan beras pulut ini sungguh enak sekali di makan dengan gulai ikan dengan aroma rempah yang sememangnya sebati dengan nasi. Ia juga boleh di makan bersama Gulai Udang, Gulai Telur atau Gulai Itik dan Ayam Kampung. Laksam dan laksa ala Terengganu juga adalah makanan warisan dan tradisi di mana ia diperbuat daripada tepung gandum dan tepung beras. Manakalanya kuahnya pula adalah kuah lemak yang diperkaya dengan ikan. Bagi laksa ia juga boleh dimakan bersama kuah lemak serta kuah Terengganu atau pun kuah laksa Pinang. Ia di makan bersama ulam-ulaman, sambal dan belacan. Biasanya ia disaji pada waktu pagi dan w...

Tradisi Main dan Buat Wau

Image
Suatu ketika dahulu, semasa blogger masih dizaman kanak-kanak, bermain wau atau layang adalah satu kegilaan hingga lupa makan dan minum. Macam-macam jenis wau telah dicua. Semuanya hasil buatan tangan dan sendiri. Dulu yang ada dikedai hanyalah layang-layang plastik. Nak main kena tambah ekornya. Selalunya wau yang dibuat adalah wau barat, wau burung, wau kucing dan lain-lain. Yang tak naik langsung pun ada juga. Bahan yang digunakan adalah kertas wau bersama benang dan gam kanji atau nasi. Buluh dicari dibelukar dan dijemur serta diraut. Kadang-kadang minta tolong orang yang lebih dewasa supaya wau yang dibuat seimbang dan yang paling penting adalah terajunya. Kalau tak seimbang maka tak naik lah wau itu. Itu kenangan dulu, sekarang ini agak sukar melihat wau hasil kerja tangan. Kanak-kanak sekarang sudah banyak memiliki permainan lain. Main wau bukan lagi menjadi kegilaan. Namun begitu masih ada segelintir yang masih meminati dan memainkan wau ini. Sebenarnya main wau ini memupuk ke...

Dunia dan Gaya Hidup Orang Terengganu

Image
Gaya dan budaya hidup orang Terengganu adalah amat rapat sekali dengan laut. Laut adalah sumber inspirasi hidup rakyat Terengganu. Dari perut laut datang sumber kekayaan yang membangunkan negeri dan rakyatnya. Laut juga mempunyai interpretasi sendiri bagi penduduk Terengganu. Walaupun hari-hari menongkah arus ke laut mencari rezeki masih ada segelintir yang masih berhempas pulas memerah keringat untuk mendapatkan sesuap nasi. Itulah dunia laut, ada yang mengecapi kekayaan dari laut dan ada yang terus bergantung kepada laut demi sesuap nasi. Dari hasil laut jugalah yang telah membawa Terengganu ke persada dunia. Keropok lekor, ikan aya untuk nasi dagang, budu, hasil petroleum, monsoon cup, bot Pulau Duyung telah membawa Terengganu ke dimensi baru kepada dunia. Jangan tinggalkan laut tapi bantulah mereka yang susah walaupun hari-hari ke laut. Dunia warisan kita perlu kita kekalkan dengan sama membantu meningkatkan lagi taraf ekonomi rakyat Terengganu. Ayuh Terengganu teruskan ke persada ...

Jeti Penambang Pasar Payang... lambang kuasa maritim suatu ketika dahulu

Image
Dulu ia adalah nadi dalam menghubungkan penduduk di Seberang Takir, Pulau Duyung, Pulau Sekati malah sampai ke Manir, Teluk Pasu serta Tanjung Sabtu dengan pusat bandar Kuala Terengganu. Bagi sesetengah penduduk yang tinggal di pinggir sungai Terengganu, adalah lebih mudah menggunakan perahu atau bot untuk ke Pasar Payang daripada jalan darat. Jeti penambang semakin ditelan arus, dengan arus kemodenan serta pembangunan yang kini telah pesat telah memberi kesan kepada pengangkutan ini. Apakah ia akan kekal dalam menongkah arus kemodenan di mana boleh dikatakan setiap rumah mempunyai kenderaan masing. Jeti kini semakin lesu. Perlu ada usaha untuk mengekalkan pengangkutan tradisi yang boleh dianggap sebagai warisan rakyat Terengganu. Ia juga melambangkan bahawa ornag Terengganu dahulu adalah mahir dan pakar dalam dunia maritim. Masakan perusahaan bot di Pulau Duyung diiktiraf antara pembuatan bot terbaik dunia, juga kapal-kapal dari Terengganu sentiasa berdagang ke Singgora atau Songkla d...

Pengunjung blog