iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Tuesday 21 September 2010

Alahai manisnya madu

Apabila di sebut madu, ramai yang mudah rasa sensitif. Kalau boleh sebut pun jangan. Padahal bukan semua madu itu pahit. Malah untuk bercakap atau berbincang pasal madu yang asli un boleh kena marah atau ada yang tarik muka.


Itulah madu. Kali ini blogger akan membawa anda anda ke Mercang, Marang, Terengganu bagi melihat sendiri Ternakan Lebah Madu.


Lebah adalah sejenis binatang yang unik dan menghasilkan madu yang amat berkhasiat kepada alam dan manusia. Hinggakan ia dirakam sebagai satu Surah dalam Al Quran. Penghasilan madunya amat penting dan berguna dengan pelbagai khasiat kepada manusia. Daripada madu, serbuk pollen, royal jelly, propolis, lilin lebah semuanya mempunyai khasiat yang tersendiri. Apa yang unik madu dan lain-lain hasilan daripada lebah adalah bersifat anti septik dan bersih.


Ternakan madu ini terdiri biasanya di ternak daripada koloni tempatan dan juga koloni yang di impor daripada Itali. Manakala penghasilan madu adalah bergantung kepada persekitaran di mana lebah itu mencari makanan. Di kawasan hutan biasanya banyak terdapat di pokok tualan manakala di tanah rendah biasanya di kawasan yang terdapat pokok-pokok gelam.


Di sini juga terdapat kelulut yang menghasilkan madu kelulut dan propolis. Ia juga berkhasiat sebagaimana madu lebah.

Kebiasaannya lebah diternak di dalam kotak yang telah dikhaskan dan didalamnya terdapat rumah buatan untuk lebah yang buat daripada lilin. Penghasilan madu dihasilkan atau diambil setiap bulan dan setiap kotak boleh menghasilkan 6 hingga 10 kg madu.

Jika anda lalu di kawasan Mercang ini, bolehlah singgah untuk membeli atau sekadar bertanya dan kenal dengan lebih rapat tentang hidupan lebah ini. Tak rugi kita mencari sesuatu yang baru.

No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog