Destinasi makan- Warung Norazla 2





Di antara destinasi makan yang dikunjungi blogger adalah Warung Norazila 2 di simpang 4 Kuala Ibai, berhampiran Masjid Tg Tengah Zaharah atau lebih di kenali dengan Masjid Terapung.

Pelbagai menu dan jenis masakan terdapat di sini daripada nasi lemak, nasi dagang, nasi kunyit, laksa, laksam, keropok lekor hinggalah masakan panas seperti tom yam, masak merak, paprik, sate, mee sup, air buah malah juga masakan barat seperti chicken chop mahupun lamb chop. Pendek kata, kelabu mata untuk memilih mana satu yang ingin di makan.

Oleh yang demikian, kedai sentiasa mendapat sambutan pengunjung dengan baik sekali malah lokasinya yang strategik memudahkan orang ramai untuk singgah di sini.

Apa yang menarik, jika anda pengunjung dari luar Terengganu bolehlah berkunjung ke sini untuk merasai sendiri masakan Terengganu seperti Nasi Dagang, Laksa, Laksam, nasi kunyit dan lain-lain.

Comments

Popular post this month

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Gerai Jualan Hasil Laut dan Kraft di Kg Fikri, Setiu, Terengganu.. segar dan murah

Bulan Muharam.. bulan Asyura

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Buffet Ramadhan 2026 Felda Residence Hotel Kuala Terenggau, memyelerakan

Senarai Pokok Herba dan nama saintifik

Nasi Dagang Atas Tol Terengganu.. apa istimewanya?

Pengunjung blog