iklan nuffnang

Saturday, 25 September 2010

Berbuka puasa di Grand Continental Kuala Terengganu





Baru-baru ini pada Ramadhan yang lalu, blogger telah menghadiri kursus selama 2 hari di Grand Continental anjuran Malaysia Productivity Centre (MPC). Pakej kursus adalah termasuk berbuka puasa selama 2 hari di hotel tersebut.

Selama 2 hari di sana, Restoran Jala Mas di Grand Cont sentiasa penuh dengan pelanggan yang mengadakan majlis berbuka puasa. Turut mengadakan majlis adalah tuan punya perniagaan bukan Islam bagi meraikan pekerja-pekerja. Begitu juga NGO-NGO dan badan-badan yang turut meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal.

Jika semua masyarakat di Terengganu prihatin dan bersifat pemurah sebegini, rakyat Terengganu akan menjadi bangsa yang hebat dan bertamadun.

Pastinya menu yang istimewa di cari di Grand Cont ini. Yang paling menjadi tumpuan adalah Kambing Panggang. Memang sedap bila dicicah dengan sos black pepper dan rosemary.

Juga sate serta ikan bakar. Turut kelihatan rojak buah dan rojak kateh.Sememangnya begitu banyak sekali makanan terutama berunsurkan tradisional di tampilkan di sini. Malah turut kelihatan ketupat, lemang serta tapai pulut pun ada.

Majlis berbuka puasa juga turut diiringi dengan iringan live band yang menyanyikan lagu-lagu tradisional.

Kebetulan penceramah kursus adalah warga luar Terengganu. Seronok sungguh mereka menikmati makanan Terengganu dengan berselera sekali.

Jelas sekali Bufet atau Sajian Ramadhan mampu menggamit kehadiran pelancong dari luar ke Negeri Terengganu. Dari sini kita perlu perkasakan kuasa tarikan dan kehebatan makanan negeri kita kepada orang luar. Bukan sekadar mengharapkan nasi dagang dan keropok lekor, banyak lagi makanan-makanan yang enak yang akan meninggalkan ingatan yang cukup kuat kepada pelancong yang pernah hadir ke Terengganu.

Blogger juga sempat membawa penceramah menikmati Bazar Ramadhan di Pasar Cabang Tiga dan Taman Syahbandar. Kita perlu tonjolkan lagi imej Bazar Ramadhan dengan imej yang lebih baik, lebih bersih, lebih tradisi dengan mengekalkan nilai-nilai tradisional. Jika diperhatikan, sudah banyak kuih-muih lama sudah pupus dan agak sukar dijumpai. Sebagai contoh jala mas, buah tanjung, mas sejemput dan macam-macam lagi yang kini sudah hilang dari pandangan kita. Apatah lagi orang luar, anak Terengganu sendiri pun sudah banyak yang tidak mengenali kuih-kuih tradisional lama.

Nilai tradisi ini adalah warisan kita. Pewarisnya adalah kita. Bertindak sekarang demi masa depan kita.

Terengganu welcomes the world.

No comments:

nuffanng advert

lazada advt

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shopping @ ZALORA my

My Blog List

kongsi blog