Rumah Terbuka YB Ahli Parlimen Setiu Dato' Mohd Jidin Shafee


Banyak juga jemputan yang diterima oleh blogger di Syawal ini. Terima kasih kepada yang menjemput.

Setiap kunjungan ke Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri, jelas nampak kemeriahan dan sambuatn daripada pengunjungan amat menggalakkan.

Pada 18 September bersamaan 8 Syawal, Rumah Terbuka YB Ahli Parlimen Setiu, Dato' Mohd Jidin Bin Shafee telah di adakan di kediaman YB di Kb Banggol, Setiu.

Di antara menu yang sentiasa menjadi rebutan dan pilihan adalah Sate serta teh tarik. Roti Canai pun ada. Di samping itu turut disediakan nasi minyak, laksa, ketupat, dan macam-macam lagi. Pelbagai ragam pengunjung dapat disaksikan yang penting dapat berjumpa dan beraya dengan YB Dato'.

Ahlijawatankuasa majlis dengan berpakaian merah menyala 1 Malaysia nampak ceria dan sedia menyambut tetamu dan memastikan program rumah terbuka berjalan lancar.

Apa yang paling seronok adalah acara membahagi aiskrim. Ingatkan kanak-kanak dan anak-anak yang berebut, orang tua dan dewasa pun sama-sama ingin merasai aiskrim hari raya. Apa yang penting sama-sama dapat memeriahkan majlis.

DJ dan pengacara majlis juga cukup ceria menghiburkan hadirin dengan celoteh sambil menyanyikan lagu-lagu terutama yang malar segar dan nostalgia.

Terima kasih Dato' di atas jemputan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri 2010.

Comments

Popular post this month

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Gerai Jualan Hasil Laut dan Kraft di Kg Fikri, Setiu, Terengganu.. segar dan murah

Bulan Muharam.. bulan Asyura

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Buffet Ramadhan 2026 Felda Residence Hotel Kuala Terenggau, memyelerakan

Senarai Pokok Herba dan nama saintifik

Nasi Dagang Atas Tol Terengganu.. apa istimewanya?

Pengunjung blog