Pulau Dan Pantai Terengganu

Dengan pantai yang menganjur dari Kemaman hingga ke Besut, Terengganu sememangnya mempunyai pantai yang amat indah, bersih memutih dan pasti memukau mata sesiapa sahaja. Dengan lanskap batuan semulajadi menambahkan keindahan pantainya yang menghadap Laut China Selatan.

Sebenarnya pantai di Terengganu sama tarafnya dengan pantai-pantai yang terkenal di seluruh dunia seperti Greece, Sao Paulo, Pattaya, Bali dan lain-lain.Sebagai contoh blogger pernah mengunjungi beberapa pantai di Thailand seperti Songkla, Pattaya serta Cha am. Apa yang ada di Terengganu tidak kurang sedikitpun, cuma yang kurang adalah promosi memperkenalkan tempat tersebut serta menyediakan kemudahan yang setaraf dengan pantai-pantai terkenal. Oleh itu, sama-samalah kita menyumbangkan idea dan saranan yang terbaik dalam memajukan lagi tarikan pantai di Terengganu supaya terkenal sebagaimana pantai-pantai yang terkenal lain. Jadikan pantai Batu Buruk segah pantai di Australia, Brazil, Miami dan sebagainya.

Pulau-pulau Terengganu dengan air sejernih kristal dan keunikan dunia bawah laut sememangnya mampu memukau sesiapa sahaja. Dan jelas terbukti taman-taman bawah laut Terengganu seperti di Pulau Redang, Perhentia serta Tenggol adalah antara yang terindah didunia. Juga menjadi antara lokasi selam skuba yang terbaik di rantau ini. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa meningkatkan servis serta perkhidmatan kita supaya sentiasa bertaraf dunia samada kemudahan pengangkutan awam, layanan, budaya, sikap serta amalan seharian.

Jika segala yang terbaik telah dapat kita gemblengkan tidak mustahil Terengganu akan muncul sebagai tarikan baru di rantau ini malah didunia. Namun kita semua perlu bekerja lebih gigih supaya nama dan keunikan Terengganu sentiasa di cari.

Terengganu welcomes the world



*info Tourism Malaysia Terengganu

Comments

Anonymous said…
just stopping by to say hello
[url=http://www.youtube.com/watch?v=fCi2eX0hvHE]click here[/url]
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular post this month

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Air Mineral Recaz, keluaran terbaru Cas Ligas, Kumpulan PMINT...

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Majlis Tahnik atau belah mulut, di antara ibadat dan adat..

Warung Pak Nong Celup Tepung, antara destinasi makan terbaik di Terengganu.. puashati makan di sini

Pengunjung blog