iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Tuesday 28 September 2010

Nurseri Bakau Dan Nipah Kg Pengkalan Gelap Setiu





Pusat semaian bakau dan nipah di Kg Pengkalan Gelap, Setiu ini adalah antara satu-satunya tapak semaian seumpamanya di negara ini. Ia adalah hasil kerjasama penduduk kampung bersama Pejabat Daerah Setiu dan Universiti Malaysia Terengganu.


Langkah mewujudkan pusat semaian ini adalah sebagai satu cara bagi menyokong pemuliharaan alam sekitar paya becah atau 'wetland' yang kaya dengan khazanah alam. Di antara pokok yang menjadi tunjang kepada ekosistem wetland adalah bakau, nipah serta rhu.

Di samping itu ia juga menjadi pusat pembiakan pelbagai spesis unggas, serangga, ikan marin, tuntung dan bermacam-macam lagi hidupan di wetland.


Langkah mewujudkan pusat semaian ini adalah langkah terpuji supaya pemuliharaan warisan alam terus terpelihara untuk jangka masa yang panjang.


Namun begitu langkah yang proaktif dan berterusan adalah perlu supaya ia berkesinambungan untuk generasi yang akan datang.


Kesediaan Universiti Malaysia Terengganu untuk meneruskan kajian di kawasan wetland amatlah di alu-laukan dan diharap ia dapat mewujudkan satu langkah atau sistem yang lebih baik agar ekosistem diwetland dapat berdaya tahan dengan cabaran perubahan alam serta kesan pemodenan.


Dikawasan ini, kawalan ekosistem amat penting kerana industri akuakultur iaitu ternakan ikan marin dalam sangkar ataupun kolam asuhan adalah antara yang terbesar di negeri Terengganu dan merupakan matapencarian utama penduduk kawasan ini.

2 comments:

Anonymous said...

Kepada Tuan Blog,
Bolehkah saya menggunakan gambar foto tapak semaian bakau di Kg Pengkalan Gelap yang tuan post di sini di dalam buku sains syarikat saya, Percetakan Rina Sdn Bhd? Jika tuan bersetuju, bolehkah saya minta tuan emel saya gambar foto yang resolusinya lebih drp 300dpi?
Saya akan nyatakan penghargaan di dalam buku saya dan diucapkan ribuan terima kasih.
Saya boleh dihubungi melalui emel vvlim1612@hotmail.com.

Yang benar,
Vivian Lim

terengganu legend said...

boleh tiada masalah, cuma kalau dapat dikreditkan blog ini. Nanti saya cari semula stok gambar asal. Saya perlukan sedikit masa.
Saya boleh dihubungi di sisnanuc@yahoo.com atau terengganulegend@yahoo.com

tq
admin terengganumyheritage

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog