Jalan-jalan cari makan- JERTEH KOPITIAM


Destinasi makan-makan kali ini, blogger akan membawa anda ke Jerteh Kopitiam di Bandar Jerteh, Besut, Terengganu.

Terletak di tengah-tengah bandar Jerteh, ia menjanjikan satu kelainan berbanding dengan lain-lain kedai atau restoran disekelilingnya.


Menurut tuan punya Jerteh Kopitiam ini, Encik Jeff Ibrahim, sejak dibuka ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk di kawasan ini malah turut dikunjungi pengunjung dari luar seperti Pasir Puteh, Kuala Besut, Setiu malah Kota Bharu.


Di antara menu yang paling mendapat sambutan adalah 'set lunch' Nasi Bungkus Ayam Berempah bersama Gulai Kawah. Dengan hanya RM4.50 para pengunjung boleh menikmati hidangan nasi yang enak bersama Ayam Goreng Berempah dengan Gulai Kawah yang cukup sedap dan menyelerakan. Juga menu yang menjadi pilihan adalah Nasi Lemak Kopitiam, serta Asam Laksa. Menu-menu lain juga turut mendapat sambutan seperti roti bakar dengan pelbagai jenis, menu nasi dan mee, serta masakan barat seperti Chicken chop serta pencuci mulut yang istimewa iaitu Banana Split bersama aiskrim dan hidangan aiskrim. Apa yang pasti semua menu di sini dijual harga yang amat berpatutan.


Hiasan premis juga amat menarik yang melambangkan suasana era 70 an dengan berlatar belakang gambar Jerteh lama serta Masjid Hadhari. Ia juga turut dilengkapi dengan kemudahan wi fi percuma bagi memudahkan pelanggan melayari internet.


Layanan kakitangan Jerteh Kopitiam yang mesra dan peramah membuatkan blogger dan kawan-kawan rasa selesa untuk berkunjung ke sini lagi.

Comments

Anonymous said…
Bro...wa dah pegi kopitiam ni...serve makanan sejuk n bad service...just nak nak amik duit...cam haprak melayu ni buat bisnes..
ghofor said…
Kat bandar Jerteh tu kat mana Jlan apa?Molek bagi gambaran bangunan dari luar baru menarik.

Popular post this month

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Air Mineral Recaz, keluaran terbaru Cas Ligas, Kumpulan PMINT...

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Majlis Tahnik atau belah mulut, di antara ibadat dan adat..

Warung Pak Nong Celup Tepung, antara destinasi makan terbaik di Terengganu.. puashati makan di sini

Pengunjung blog